Langgan

'Chiaroscuro' Membingkai Drama Hitam & Putih Era Kini

Monokrom menguasai lembaran fesyen April 2026!
2 minit untuk membaca
Published: April 23, 2026

Untuk edisi April ini, ELLE mempersembahkan lembaran fesyen yang bertajuk 'Chiaroscuro' bersama pesona memikat Natalie Prabha. Naratifnya merayakan sebatian antara sisi terang dan sisi gelap tanpa rasa bersalah dan membiarkan kekacauan itu mekar dalam dunia monokrom.

Hitam dan putih kekal sebagai rona abadi, gandingannya pula menyalurkan tenaga dramatik dan kontras berani yang mendefinisikan kekinian.

Dua Dunia

Putih dan hitam? Duo ikonik dalam fesyen! Semestinya menjadi kegemaran setiap almari.

Jaket efek dekonstruksi, skirt, kasut tumit tinggi, subang telinga, rantai dan cincin, kesemuanya daripada DIOR 

Boneka Hidup

Siluet terstruktur dan alunan lembut bersatu mencipta permainan kontras yang memikat.

Jaket kulit dan dress berlipat daripada ALLSAINTS. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Subang telinga, rantai dan cincin daripada PANDORA

White Disorder

Jiwa memberontok. Putih yang tidak lagi suci. Eksperimen siluet dan struktur mencuri tumpuan, diperkaya perincian studs serta rantai dramatik.

Dress berpotongan cut-out daripada GHOSTBOY. Rantai milik penata gaya

Hasrat Bebas

Hitam putih bertemu cetakan berganda. Liar, berani dan tiada aturan. 

Blaus berpotongan satu bahu, skirt mini bahagian dalam, skirt labuh bahagian luar daripada UZAIR SHOID. Subang telinga milik penata gaya 

Watch Me

Ilham gaya preppy, menunggu detik untuk meneroka yang luar kebiasaan.

Kardigan rajut dan beg tangan daripada CHLOÉ. Kemeja putih dan subang telinga milik penata gaya

Peralihan Perspektif

Bayangan semula fesyen abad ke-18 untuk It girl. Barangkali menjadi pilihan Margot Robbie semasa ‘Wuthering Heights’ Press Tour.

Korset bahu terbuka dan skirt efek drape daripada RAJA IRFAN. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Sarung tangan organza dan subang telinga milik penata gaya

Hanging On

Kanvas putih yang sempurna untuk bereksperimen mengikut personaliti. Namun juga menuntut perhatian ekstra; keep it free from stain.

Jaket tanpa lengan dengan seluar sepadan dan top tiub daripada SPORTMAX. Rantai milik penata gaya

Between Directions

Membawa diri ke mana-mana dengan gaya yang mengutamakan fungsi. Lebih banyak poket, lebih banyak kemungkinan!

Dress berbutang tanpa lengan daripada TIGER YELLOW ONITSUKA TIGER. Rantai, gelang tangan dan cincin, kesemuanya daripada PANDORA

On The Run

Padanan dress kemilau dengan but bertali? Tidak salah, bahkan menambah kekuatan untuk menapak lebih jauh!

Dress labuci tali halus dan kasut but bertumit daripada LONGCHAMP. Subang telinga, rantai, gelang tangan dan cincin, kesemuanya daripada PANDORA

Fashion Emergency

Korset bukan sekadar pakaian dalam lagi. Padankan atau gayakannya begitu sahaja, it’s your call.

Korset dengan cup dan skirt mini daripada AKMAL HAKIM. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Stoking organza milik penata gaya

Dimensi Pandangan

Minimal look, maximal statement. Biarpun ringkas, pengaturan gaya memainkan peranan penting.

Blaus daripada COS. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Subang telinga, gelang tangan dan cincin daripada PANDORA. Stoking sendat renda milik penata gaya


Penyelaras & Penataan Gaya Athirah Zahra | Dibantu Ardi Idewani | Arahan Seni Nabihah Nizam | Fotografi Weeyang | Pembantu Fotografi Carl | Solekan Juliana Nazar | Dandanan Cody Chua | Model Natalie Prabha / The Models Lab KL | Pelatih Amali Hizral Faiz Rozeman


ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down