Langgan

Kate dan Emily Bersama, Bernyala Dalam Kempen Gucci

Kate Moss and Emily Ratajkowski... they absolutely ate!
2 minit untuk membaca
Published: March 31, 2026

Memenangi mata dengan visual yang menatang etos jenama Gucci. Sarat makna godaan, keseksian dan glamor. Keseragaman susuk jijak Kate Moss dan Emily Ratajkowski selaku penghias utama kempen Gucci Borsetto dan Gucci Giglio menancap cerminan autentik serta fragmen jati diri. 

Kate moss

Kate Moss dan Emily Ratajkowski adalah pilihan sempurna untuk kempen Gucci kali ini. Mereka berdua lekas menjentik ketakjuban, sementelahan mereka adalah sosok daripada dua generasi yang berbeza. Dan gagasan Demna Gvasalia menggabungkan kedua-dua ikon ini cukup menjadi. 

Kate Moss dan Emily Ratajkowski... penuh godaan!

Refleksi idea yang berkecambah daripada kempen ini adalah “when a bag becomes part of one’s world, it occupies the mind completely.” Yang barangkali mengesani makna bagaimana beg tangan yang menjadi esensi, ia lantas mendominasi terobosan buah fikiran. Demna menerokai hubungan kenalurian yang terbentuk menerusi kehendak hati dengan sesuatu objek. Dalam erti kata lain, Gucci menganyam naratif yang halus antara identiti, objek dan keintiman gaya.

Kate moss
Kate moss
Kate moss

Kate Moss menggayakan beg tangan Gucci Borsetto, manakala Emily Ratajkowski menggayakan beg tangan Gucci Giglio. Dalam kempen terbaharu ini, Mert dan Marcus ditugaskan sebagai jurugambar utama yang ‘memotret’ Kate serta Emily. Mert dan Marcus mendobrak tanggapan yang sekadarkan cuma sebagai aksesori, sebaliknya mentafsirkan ia sebagai lanjutan diri yang hidup. Setiap potret serasa ada kesenyapan namun penuh makna – seolah-olah beg tangan itu berbisik tentang perjalanan peribadi pemakainya.

Borsetto muncul dalam kanvas GG, sued coklat dan kulit berona hitam, manakala Giglio dalam rona gelap yang klasik. Pilihan material ini bukan kebetulan. Ia sebetulnya mencerminkan dialog antara warisan dan kontemporari yang sentiasa menjadi nadi Gucci. Busana yang dikenakan oleh Kate dan Emily pula terlihat ada transisi dari aspek minimalisme ke ekspresi penuh motif GG, seakan menggambarkan evolusi gaya yang tidak pernah statik.

Melalui arahan visual Bardia Zeinali sebagai videografer kempen, kempen ini berkembang ke dimensi yang merupa sebuah mimpi – beg-beg tersebut ‘berlipat ganda’, mengelilingi protagonis dalam suasana hampir surealis. Di sinilah Gucci menegaskan suatu hakikat yakni dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, beg tangan bukan sekadar pelengkap, tetapi ‘pusat graviti’ yang menyatukan keseluruhan penampilan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down