Langgan

Pengumuman! 3 Lokasi Berbeza Chanel Métiers d'Art, Gucci dan Valentino Untuk Tahun 2026

Tiga lokasi kota besar jadi pilihan Chanel, Gucci dan Valentino.
2 minit untuk membaca
Published: December 30, 2025

Chanel Métiers d'Art menyenandungkan cinta buat artisan di buana timur. Jati diri mengalir pasti dalam jiwa Valentino yang kembali ke nusanya. Manakala Gucci membuka lipatan sejarahnya, menerokai New York. 

Chanel Métiers d'Art

Berantara daripada keributan tiga kota utama, dari kota Rom ke kota New York dan ke Seoul. Tiga jenama fesyen membelah tradisi kalendar lazim, memanjangkan tradisi ‘melayang’ ke lokasi-lokasi berbeza untuk mementaskan himpunan masing-masing – musim bunga/panas, Métiers d'Art dan Cruise. Kesemuanya bakal berlangsung pada tahun 2026, menjadi perkhabaran yang mencongak antisipasi pencinta-pencinta fesyen!

Maison Valentino ke Rom bulan Mac 2026

Bertolak daripada rasa kecintaan kepada tempat asal, Maison Valentino menggazet pementasan himpunan musim luruh/dingin 2026 berlangsung di Rom, Itali. Beredar sekejap daripada kalendar Minggu Fesyen Paris, pertunjukan Valentino dijangka akan diadakan pada 12 Mac 2026 dan lokasinya akan diberitahu kelak. 

Chanel Métiers d'Art

Keistimewaan kota Rom menjadi pilihan Pengarah Kreatif, Alessandro Michele yang bermatlamat untuk menunjangi penghormatan buat akar umbi serta warisan Maison Valentino – ke titik permulaan jenama Valentino yang diasaskan oleh Valentino Garavani dan Giancarlo Giammetti 66 tahun lalu di Rom.

Gucci ke New York pada Mei 2026

Chanel Métiers d'Art

Himpunan Cruise pertama oleh Demna Gvasalia untuk Gucci. Gucci bertunas luas ke tengah derasnya kota New York, untuk mempersembahkan himpunan Cruise 2027 yang bertanggal 16 Mei 2026. Demna dan Gucci memilih New York beralas dengan sebuah ceritera sejarah, menerbitkan naratif kepedulian tentang pembukaan butik Gucci pertama di luar negara pada tahun 1953. Yang menandai pertumbuhan jenama Gucci ke peringkat global. 

Chanel Métiers d'Art ke Seoul pada Mei 2026

Kemenangan Matthieu Blazy di Chanel menemukan kita kepada tenaga kreatifnya dalam mengindahkan himpunan Métiers d'Art. Matthieu buat julung kalinya memperlihatkan himpunan Chanel Métiers d'Art di New York pada awal bulan Disember lalu dan pada 26 Mei 2026 nanti, Matthieu ‘mereplikakan’ himpunan Métiers d'Art di Seoul, Korea pula. 

Chanel Métiers d'Art

Menyambung keunikan Métiers d'Art yang sepanjang masa menukik tinta apresiasi buat artisan-artisan serta couturiers Métiers d'Art yang berkhidmat di atelier Chanel di 31 Ruee Cambon. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down