Langgan

EBA2026: Kecekapan Philips 8000 Hair Dryer

Philips 8000 Series Hair Dryer hadir sebagai medium pengeringan rambut terpantas dalam teknologi.
2 minit untuk membaca
Published: June 11, 2024
Ilustrasi oleh Azriq Anwar

Dunia kecantikan moden yang bergerak pantas hari ini menjadikan sebagai definisi sebenar hal yang paling berharga dalam hidup. Kecanggihan tekbologi mempercepatkan rutin penjagaan diri dengan lebih pantas, mudah dan mesra pengguna. Atas alasan ini jugalah Philips berevolusi bagi mencipta sesuatu yang seiring dengan kehendak pengguna hari ini.

Philips 8000 Series Hair Dryer diperkenalkan sebagai sebuah tekbologi baru jenama ini yang dibangunkan menggunakan teknologi ionik yang berkelajuan tinggi serta mampu mengeringkan rambut hanya dalam tempoh masa tiga minit sahaja. Ini menjadi hal sesuatu yang cukup mengujakan sehingga hari ini buat semua yang selama ini memerlukan masa yang lama dalam proses pengeringan rambut.

Keistimewaan produk berinovasi ini tidak hanya pada tahap kepantasannya memberi sesuatu yang efektif namun ia masih bergerak sebagai penciptaan yang mementingkan kesihatan rambut agar kekal terlindung daripada panahan haba berlebihan yang merosakkan struktur kulit kepala dan rambut.

Teknologi Terkini
Philips memperkenalkan teknologi ThermoShield Advanced iaitu sensor pintar yang direka bagi mengesan suhu persekitaran kebolehupayaan melaras tahap haba secara automatik ketika proses pengeringan dilakukan. Hasil daripadanya adalah rambut kekal kuat dan sihat secara semula jadi dan pada asa yang sama tampil lembut dan memelihara kelembapan kulit kepala. 

Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih menarik adalah kombinasi motor berkelajuan tinggi bersama teknologi Dual Airstream menghasilkan aliran udara lebih stabil, kuat namun terkawal. Teknologi ini membantu mengurangkan geseran pada rambut ketika dikeringkan, sekali gus mengurangkan masalah rambut kusut. 

Gambar ihsan Philips

Direka untuk gaya hidup moden yang sentiasa bergerak pantas, pengering rambut ini juga tampil dengan reka bentuk ultra ringan berat hanya 395 gram. Cukup ringan dan mudah digunakan menjadikan ia sebagai teman terbaik untuk rutin harian perapian rambut sama ada di rumah atau mengembara.

Penjimatan Tenaga
Tanpa membuat anda terpaku melihat bil elektrik yang melambung, Philips 8000 Series Hair Dryer datang dengan inovasi dalam penjimatan tenaga elektrik. Apa yang diperhatikan hasil penciptaan ini menggukan 50 peratus pengurangan tenaga berbanding pengering rambut biasa. 

Teknologi pintar yang digunakan dalam penciptaan pengering rambut ini seiring melengkapi keperluan seharian pengguna dan pada masa yang sama peka pada kepentingan penjimatan tenaga, penggunaan yang lebih praktikal dan datang dengan rekaan yang cukup minimal dan elegan.

Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down