Langgan

Berdansa Merai Coco Mademoiselle Crush Absolu di Le Trianon Paris

ELLE diterbangkan ke Paris untuk merai Chanel Coco Mademoiselle Crush Absolu bersama Gracie Abrams dan ramai lagi di Le Trianon, Paris
2 minit untuk membaca
Published: October 8, 2026

Satu malam yang tidak dapat dilupakan. Dalam acara gilang-gemilang meraikan haruman terbaharu, Coco Mademoiselle Crush Absolu, Chanel menghimpunkan selebriti, pempengaruh digital dan media dari seluruh dunia untuk bersama-sama meraikan semangat Chanel. Hampir 750 tetamu memenuhi ruang Le Trianon yang diubah suai menjadi sebuah kafe ikonik Coco Mademoiselle, mencipta suasana yang cukup meriah.

Malam itu turut diserikan dengan kehadiran friends of the house dan barisan selebriti antarabangsa seperti Gracie Abrams, Angèle, Honey Dijon, Bhavitha Mandava, Go Youn-Jung, Miu Natsha, Lena Lalina, Quenlin Blackwell, Lux Pascal, Jorja Smith, Guillaume Diop dan Mackenyu. Selebriti tanah air, Amelia Henderson juga pempengaruh digital lokal, Timur Gabriel, turut diterbangkan untuk bersama-sama merai haruman terbaru Chanel ini.

Amelia Henderson

Go Youn-Jung & Gracie Abrams

Bhavitha Mandava & Mackenyu

Timur Gabriel

Apa yang menarik tentang malam Crush Absolu ini adalah pengalaman yang bermula sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam kafe Coco Mademoiselle. Saya disambut dengan alunan muzik jazz yang mengasyikkan daripada pemuzik Perancis, Chassol. Sambil menikmati persembahan tersebut, pelbagai aktiviti turut disediakan untuk para tetamu, dikelilingi maîtres d’hôtel, bartenders, Crush Tellers dan Elixir Masters yang bersedia membawa kami mengenali serta mendalami dunia haruman Coco Mademoiselle Crush Absolu dengan lebih dekat. Namun, itu baru permulaan sementara menanti pintu ballroom dibuka untuk acara kemuncak.

Sewaktu sedang explore aroma Crush Absolu di tingkat atas, tiba-tiba kedengaran muzik yang lebih rancak dari arah ballroom. Lagu tema kempen haruman ini, Young Hearts Run Free nyanyian ikonik Candi Staton, mula bergema memenuhi ruang. Anda pasti pernah mendengarnya di media sosial, bukan? Sehingga kini, melodi itu masih bermain-main di fikiran saya tanpa henti, so addictive!

Tanpa berfikir panjang, saya terus menuju ke pintu ballroom kerana dikhabarkan ada satu surprise yang bakal membuatkan semua tetamu teruja. Sebaik sahaja melangkah masuk, saya disambut oleh barisan penari sebelum muzik bertukar kepada ritma disko, funk dan elektronik yang kemudiannya diadun bersama lagu kempen tersebut. Seramai 30 penari membuat persembahan, diketuai oleh Sidi Larbi Cherkaoui yang juga merupakan koreografer untuk kempen Coco Mademoiselle Crush Absolu.

Apa yang menjadikan persembahan itu begitu istimewa adalah bagaimana mereka menghidupkan semula babak-babak daripada penggambaran kempen menerusi tarian, seolah-olah kami dibawa masuk ke dalam dunia Coco Mademoiselle Crush Absolu itu sendiri.

Tidak lama kemudian, para tetamu turut diajak memenuhi lantai dansa untuk menari bersama dan menikmati malam yang panjang. Suasana kemudiannya diteruskan dengan parti bersama DJ Honey Dijon dan DJ Chloé Caillet, kemudian penerbit muzik Amerika yang sering berkerja rapat bersama Anderson .Paak, Alissia, menutup satu malam yang penuh dengan muzik, tarian, aroma dan semangat Coco Mademoiselle Crush Absolu.

DJ Honey Dijon

Gambar: Antoine Flament/Getty Images untuk Chanel

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down