Langgan

Legasi Kini Rolex Bersama Cortina Watch

Cortina Watch membuka lembaran baru Rolex
2 minit untuk membaca
Published: June 9, 2026

Berlokasi di lingkaran kesibukan kota Kuala Lumpur, The Starhill menyaksikan pembukaan serba baru butik berprestij, Rolex. Ini menjadi satu kerjasama berterusan bersama Cortina Watch sebagai sebuah warisan dan komitmen berpanjangan dua jenama warisan ini.

Dengan keluasan 268 meter persegi, ruang baru ini menawarkan kepakaran profesional yang menyatu sempurna dekorasi penuh elegan. Apa yang diperhatikan ketika pertama kali kaki melangkah adalah betapa harmoni setiap elemen bersatu sebagai sebuah ilham cukup mewah. Ia menjadi cerminan Rolex terhadap dedikasi penciptaan yang cemerlang.

Bahagian luar butik menampilkan keberadaan yang kukuh butik ini melewati Jalan Bukit Bintang dalam pernyataan seni bina berilham seramik hijau yang cukup sinonim sebagai rona ikonik Rolex. Elemen dekorasinya bersulam palet warna yang harmoni dengan pemilihan bahan buatan berkualiti tinggi. Setiap satunya melewati proses terperinci bagi mentafsir falsafah keanggunan abadi Rolex. 

SEBUAH DIALOG WARISAN

Mata terpesona pada perincian unik dinding stucco yang ditempah khas. Ilham tradisional Songket melatari dinding yang menjadi titik tumpuan utama saat kaki melangkah melewati ruang istimewa ini. Ia bernadi sebagai sebuah dedikasi khusus budaya tempatan yang cukup unik dan tersendiri. 

Integrasi rekaan yang membaluti ruang ini dilengkapkan dengan pemilihan elemen dalaman dan item dekorasi yang mencuri pandangan. Ia direka sebagai ruang pertemuan untuk pencinta dunia arloji melangkah selesa dalam melewati setiap koleksi istimewa yang ada di sini. Di ruang tengah, ditempatkan bar yang diperincikan daripada marmar Verde Alpi dan dilengkapi dengan lampu kaca yang seakan kanta cyclops.

Sebuah chandelier dalam pengaruh seni reka  Milan turut menjadi fokus utama. Ia bergerak sebagai cerminan reka bentuk yang melengkapkan naratif dekorasi. Setiap perincian ini penting bagi memastikan warisan ketukangan jenama ini terserlah di seluruh ruang butik. 

SATU KERJASAMA
Dengan perasmian butik ini, Rolex dan Cortina Watch mengukuhkan lagi kehadiran mereka di Kuala Lumpur, mencerminkan usaha berterusan ke arah kecemerlangan serta meletakkan Malaysia sebagai destinasi global pencinta dunia horologi mewah.

Jeremy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Cortina Watch berkata “Selama lebih dua dekad, Cortina Watch berbangga menjadi kurator kepada ketukangan luar biasa Rolex.” Tambahnya lagi, “Pembukaan butik di The Starhill merupakan satu pencapaian penting dalam kerjasama ini. Ia menyediakan persekitaran yang elegan di mana para pelanggan dapat melihat sendiri warisan dan ketepatan Rolex.”

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down