Langgan

Stanley Buka Lembaran Baru Di Mid Valley Megamall

Stor flagship pertama dan seumpanya di Kuala Lumpur.
2 minit untuk membaca
Published: May 18, 2026

Jenama gaya hidup global, Stanley terus mengukuhkan jenamanya di Malaysia menerusi pembukaan stor flagship terbaharu di Mid Valley Megamall. Pembukaan ini menandakan sebuah debut ruang runcit moden. Ia sudah pastinya menggabungkan elemen kepentingan barangan keperluan hidrasi, budaya dan gaya hidup kontemporari dalam satu pengalaman lebih dekat dengan pengguna.

Terletak di F-008, North Court, stor ini direka sebagai destinasi gaya hidup yang meraikan kreativiti, keyakinan diri dan mobiliti harian. Tidak hanya sebagai stor yang menjadi lokasi membeli-belah, ia menawarkan pengalaman yang lebih bervariasi kepada setiap pelanggan mereka. Mereka kini lebih terbuka meneroka rangkaian produk Stanley yang terkenal dengan ketahanan, inovasi serta reka bentuk yang praktikal namun bergaya.

Keyakinan Dan Perincian

Sejak sekian lama, Stanley dikenali menerusi produk minuman berprestasi tinggi yang menampilkan kejuruteraan tepat dan inovasi yang difikirkan perinciaannya secara teliti. Setiap koleksi akan dipastikan memenuhi keperluan fungsi harian, malah turut menjadi simbol ekspresi peribadi bagi mereka yang sentiasa bergerak aktif. Tidak kira sama ada mereka berada di pejabat, ketika melancong atau mahupun sedang menikmati aktiviti luar.

Menurut Pengasas Perniagaan Stanley, Chris Lee, pengguna Malaysia kini semakin cenderung memilih produk yang lebih praktikal. Dalam masa sama sentiasa mencerminkan gaya hidup dan rutin peribadi mereka.

“Kehadiran kami di Mid Valley Megamall membawa pengalaman Stanley lebih dekat kepada komuniti kami. Ia menjadi ruang untuk pelanggan meneroka keseluruhan rangkaian produk. Setiap satunya menarik daripada koleksi ikonik seperti Stanley Quencher hinggalah inovasi terbaharu yang direka untuk bergerak seiring gaya hidup moden,” katanya.

Stor flagship ini menampilkan pelbagai koleksi Stanley termasuk Quencher H2.0 FlowState™ Series, Café To-Go Mug dan IceFlow Flip Straw Tumbler. Setiap pilihan yang direka adalah untuk memenuhi rutin harian, gaya hidup aktif dan keperluan hidrasi sepanjang hari.

Tarikan Utama

Turut menjadi tumpuan merupakan koleksi terkini seperti New You Collection dan Spring Picnic Collection. Kedua-dia koleksi ini didatangkan dengan pilihan warna menarik serta sentuhan reka bentuk berinspirasikan hubungan sosial, kreativiti dan pengalaman harian.

Pembukaan stor ini turut mencerminkan evolusi Stanley sebagai jenama yang memfokuskan kepada fungsi dan relevansi. Dengan gabungan estetika premium dan ketahanan yang menjadi identiti jenama, Stanley terus memperkukuh kedudukannya sebagai aksesori gaya hidup pilihan generasi masa kini.

Selain stor flagship di Mid Valley Megamall, produk Stanley juga boleh didapati menerusi pengedar sah dan rakan niaga terpilih di seluruh negara. Stor ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk perkembangan terkini, pengguna boleh mengikuti Stanley Malaysia di Instagram dan TikTok menerusi akaun rasmi mereka.

ADVERTISEMENT
Topics:
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down