Langgan

Bersidang Kini Pengamal Filem Global di Festival Filem Cannes 2026

Musim baru filem berkualiti bermula.
2 minit untuk membaca
Published: May 13, 2026

 

Musimnya kembali lagi, satu acara yang menghimpunkan kelompok filem global di satu festival yang meraikan kepelbagaian dalam naratif berbeza. Tahun ini Festival Filem Cannes kembali dengan membangkit isu keberadaan AI dalam penghasilan filem dan masa depannya. Pada masa yang sama persoalan budaya, seni dan peradaban dibangkit dalam sebuah wadah fikir.

Menyaksikan barisan juri yang cukup dikenali, Festival Filem Cannes tahun ini menyaksikan pengarah prolifik Korea Selatan, Park Cahan-Wook duduk di kerusi Ketua Juri bersama Demi Moore, Ruth Negga, Stellan Skarsgård, Isaach De Bankolé, Chloé Zhaom Laura Wandel dan Paul Laverty sebagai juri bersama.

Pembukaan Cannes Yang Bernostalgia

Tahun ini festival dibuka dengan tayangan perdana filem La Vénus Électrique (The Electric Kiss), sebuah komedi romantik Perancis arahan Pierre Salvadori. Filem yang membawa ilham romantis dan beremosi ini dilihat sebagai pembuka tirai yang cukup 'ringan' tahun ini.

Sementara itu, poster rasmi Cannes 2026 mencuri perhatian apabila menampilkan dua ikon Hollywood, Susan Sarandondan Geena Davis, dalam petikan filem Thelma & Louise (1991). Pemilihan imej tersebut dianggap sebagai penghormatan terhadap persahabatan, wanita, kebebasan yang menyerap semangat sinema era 1990-an.

Pertarungan Sengit

Sebanyak 22 filem dipilih tahun ini bagi bersaing sengit dalam kategori utama Palme d’Or. Jumlah ini memperlihatkan kekuatan sinema arthouse antarabangsa, khususnya dari Eropah yang mendominasi senarai teratas.

Antara judul paling dinantikan adalah Fatherland karya pengarah Poland, Pawel Pawlikowski, yang cukup dikenali menerusi filem pemenang Oscar, Ida. Selain itu turut mencuri tumpuan adalah filem berjudul Fjord arahan Cristian Mungiu, seorang tokoh penting dalam gelombang baharu sinema Romania.

Nama besar seperti Ira Sachs juga tampil tahun ini menerusi filem 'The Man I Need' lakonan Rami Malek. Selain Pedro Almodovar, Ashfar Farhadi, Emmanuel Marre dan Charline Bourgeois-Tacquet yang turut tersenarai bagi merebut anugerah utama Palme d'Or tahun ini.

Dari Asia pula menyaksikan kembalinya pengarah tersohor Jepun iaitu Hirokazu Kore-eda kmenerusi cereka terbarunya, Sheep in the Box. Kore-eda sebelum ini terkenal dengan gaya penceritaan penuh emosi dan tema kekeluargaan yang menyentuh hati.

Festival tahun ini turut menyaksikan anugerah Palme d’Or Kehormat diberikan kepada pengarah terkenal Peter Jacksonatas sumbangannya kepada dunia filem fantasi dan epik, khususnya menerusi trilogi The Lord of the Rings.

Turut menerima penghormatan ialah Barbra Streisand, seorang figura seni serba boleh yang memberi impak besar dalam bidang lakonan, pengarahan dan muzik sepanjang dia melibatkan diri dalam bidang seni perfileman dan muzik.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down