Frugal adalah istilah yang sering kedengaran dalam dunia ekonomi. Namun, bagaimana jika ia disulam ke dalam dunia fesyen dan gaya hidup masa kini? Di tengah-tengah cabaran ekonomi global, muncul satu trend baru yang disebut sebagai frugal chic. Trend yang bermula daripada seorang pempengaruh di TikTok, Mia McGrath sering dibacarakan dan ia membuka ruang untuk kita menilai semula cara hidup yang lebih bijak, praktikal dan tetap bergaya.

Apa Itu Frugal Chic?
Frugal chic bukan sekadar trend fesyen semata-mata. Ia merujuk kepada gaya hidup yang menekankan pemilihan barangan dan pengalaman secara bijak, berkualiti dan berpanjangan tanpa perlu terikut-ikut dengan trend semasa atau perbelanjaan mewah. Ia juga meliputi aspek kehidupan lain seperti pilihan makanan yang sihat, pembelian beretika, hinggalah kepada menghargai pengalaman ringkas tetapi bermakna.
Ringkasnya, frugal chic adalah tentang keseimbangan. Ia menolak keterlaluan materialistik tetapi tetap mengekalkan estetika dan elegan dalam kehidupan seharian.
@miarosemcgrath are you ‘frugal chic’? #savingmoney #personalfinance #splurgevssave ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono - moshimo sound design
Bagaimana Untuk Menjadi Frugal Chic Girl?
Menjadi frugal chic girl bukanlah bermaksud anda perlu hidup serba kekurangan. Sebaliknya, ia tentang memiliki mindset yang bijak dalam membuat pilihan, mengutamakan nilai daripada kuantiti dan merangka gaya hidup yang lebih baik. Ini adalah panduan yang boleh dijadikan inspirasi:
1. Ubah Cara Berbelanja
- Beli hanya keperluan sebenar - Amalkan teknik “30-day rule”
- Elakkan impulse buying - Tanya diri anda, adakah ini keperluan atau hanya keinginan?
- Manfaatkan diskaun & jualan bermusim - Promosi adalah peluang untuk berjimat tanpa perlu berkompromi dengan kualiti.
2. Pilih Kualiti, Bukan Kuantiti
- Labur dalam barangan berkualiti - Sehelai baju tahan lama lebih berbaloi daripada lima helai murah yang cepat lusuh
- Pilih item versatil - Produk yang boleh digayakan dalam pelbagai cara akan memaksimumkan nilai pelaburan anda.
@miarosemcgrath How to be Frugal Chic® newsletter in bio #frugalchic #pinterest ♬ Bossa Nova jazz that seems to fit in a cafe(1433079) - TAKANORI ONDA
3. Sentuhan Unik pada Gaya Diri
- Beli barangan terpakai (thrift) - Ia bukan sahaja mesra poket malah lestari dan anda mungkin menemui item rare yang tiada di pasaran.

- Mempunyai signature scent - Wangian konsisten mencipta identiti tersendiri tanpa perlukan mengeluarkan kos yang banyak untuk pelbagai jenis wangian yang berbeza.
4. Self-Care dengan Cara Praktikal
- DIY manicure & penjagaan diri - Rawat diri di rumah dengan lebih jimat tetapi tetap menyeronokkan.

- Minimalist beauty - Fokus pada asas penjagaan kulit berbanding koleksi produk yang tidak semestinya digunakan setiap hari
5. Amalkan Gaya Hidup Sihat & Berhemat
- Memasak di rumah - Bukan sahaja lebih sihat, malah ia membantu anda mengawal diri daripada pembaziran dalam pemakanan.
- Fokus kepada diri sendiri - Nikmati kopi buatan sendiri, berjalan petang atau membaca buku kegemaran anda.
