Langgan

Destinasi Ketenangan Kota di M Resort & Hotel Kuala Lumpur

Resort bandar yang menyatukan gaya hidup moden dan hening alam
2 minit untuk membaca
Published: May 18, 2026

Di tengah kesibukan ibu kota, hadir sebuah destinasi yang menawarkan pengalaman berbeza buat pengembara moden dan pencinta staycation mewah. M Resort & Hotel Kuala Lumpur tampil sebagai sebuah resort bandar yang bukan sahaja mengutamakan keselesaan, malah berjaya menggabungkan elemen hospitaliti tempatan dengan suasana eksklusif yang menenangkan. Terletak di kawasan hijau Damansara dan bersebelahan dengan landskap semula jadi Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), M Resort & Hotel Kuala Lumpur ini memberi definisi baru terhadap pengalaman menginap dalam kota. 

Pengalaman Menginap di Executive Suite

Antara tarikan utama yang mencuri perhatian pastinya Executive Suite. Sebuah ruang penginapan yang mengangkat elemen moden dengan sentuhan elegan dan praktikal. Dari saat melangkah masuk, suasana tenang dengan rekaan dalaman kontemporari terus memberi rasa eksklusif tanpa keterlaluan.

Ruang suite yang cukup luas dengan pencahayaan semula jadi yang menyenangkan, dipadankan bersama kemudahan premium seperti minibar, mesin kopi dan teh, televisyen LED serta akses Wi-Fi berkelajuan tinggi. Apa yang menjadikan pengalaman di sini lebih istimewa adalah keseimbangan antara keselesaan hotel dan aura resort yang santai. Ia terasa cukup sesuai buat mereka yang mahukan privasi, ruang bekerja yang selesa serta pengalaman berehat yang lebih refined.

Pemandangan menghijau di sekitar kawasan KGPA turut memberi elemen ketenangan yang jarang ditemui dalam hotel bandar biasa. Suasananya terasa lebih relaks dan jauh daripada hiruk-pikuk kota walaupun lokasinya masih berada di tengah Kuala Lumpur.

Pengalaman Gastronomi Yang Eksklusif

Salah satu pengalaman yang paling meninggalkan impresi sepanjang menginap di sini adalah lunch buffet di Fairway Coffee House. Pilihan hidangannya cukup pelbagai dengan gabungan menu tempatan dan antarabangsa yang disusun secara menarik.

Daripada hidangan Melayu klasik hinggalah sajian Barat dan Asia moden, setiap pilihan terasa segar dan berkualiti. Bahagian pencuci mulut juga tidak kurang menarik dengan pelbagai manisan dan pastri yang melengkapkan pengalaman buffet secara keseluruhan.

Apa yang membezakan buffet di sini adalah suasana restorannya sendiri yang tampil lebih eksklusif namun masih santai. Ia bukan sekadar tempat makan tetapi sebuah ruang untuk menikmati pengalaman gastronomi dalam suasana resort yang nyaman.

Resort Mesra Keluarga dan Pencinta Gaya Hidup Aktif

M Resort & Hotel Kuala Lumpur juga cukup sesuai untuk keluarga. Kolam renang berbentuk bebas yang luas menjadi antara tarikan utama, lengkap dengan gelongsor air berstruktur ‘hive’ yang memberi pengalaman lebih menyeronokkan buat kanak-kanak.

Bagi mereka yang aktif, Motion Gym menawarkan ruang workout moden dan selesa pada bila-bila masa dan dilengkapi peralatan technogym terkini. Kanak-kanak pula boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif di Kids’ Club yang direka khusus untuk memastikan mereka sentiasa terhibur sepanjang penginapan.

Dalam masa sama, tetamu yang ingin menikmati ketenangan sepenuhnya boleh mengunjungi M Spa yang menawarkan pelbagai rawatan dan terapi relaksasi sebuah pelengkap sempurna untuk pengalaman resort yang lebih menyeluruh.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down