Langgan

Bicara ELLE Bersama Awa Zaharie

Kenali Awa dengan lebih dekat di sini.
2 minit untuk membaca
Published: November 4, 2026
Gambar ihsan Awa

Empat tahun mengemudi dunia pencipta kandungan, Awa Zaharie kini meneroka potensi di luar zon selesa dengan End of Day Coffee. Usaha yang dibina bersama rakan-rakan ini bakal menginjak usia setahun pada Disember ini.

Item wajib yang mesti ada dalam beg setiap hari? 

Gula-gula mint.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Saya suka kebaya lama dan baju kurung lama serta selesa berselendang di bahu.

Satu produk kecantikan that you can’t live without?  

Glos bibir Everyday Sheer kod Salma daripada Nvdism! 

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

‘The Subtle Art of Not Giving a F*ck’ oleh Mark Manson.

Penyanyi kegemaran anda dan kenapa?

Dato’ M. Nasir, Pitahati dan Ramayan kerana banyak menggunakan bahasa puitis dalam karya mereka. Ini membuktikan bahasa Melayu kita sebenarnya sangat kaya dengan keindahan dan lapisan makna. Kadangkala, perasaan dapat disampaikan secara tersirat tanpa perlu diluahkan secara literal.

Aktiviti kegemaran jika mempunyai masa lapang?

Tonton semula semua episod ‘Running Man’.

Negara atau tempat yang paling anda ingin kunjung dan kenapa?

Finland untuk menikmati The Northern Lights!

Awa bersama kembarnya, Tilla

Satu perkara tentang diri anda yang mungkin orang tidak tahu? 

Saya ada seorang kembar, tapi kami tak sama tinggi hahaha.

Definisi cantik bagi anda?

Secara fizikal, apabila seseorang ada wajah yang tenang dan apabila dia bertutur dengan beradab.

Jenis kopi yang anda suka dan kenapa? 

Saya suka kopi bersusu sebab saya enjoy the balance between the coffee and milk. Tak terlalu pahit, tak terlalu berat dan setiap kopi boleh menawarkan rasa yang berbeza bergantung pada jenis biji kopi yang digunakan.

Cocobear Combo daripada End of Day Coffee

Perkembangan anda yang terkini?

Saya kini mengusahakan End Of Day Coffee, sebuah perniagaan F&B dan katering bersama tiga rakan. Kami masing-masing mempunyai kepakaran yang berbeza, dan saya bertanggungjawab dalam bahagian creative direction dan media sosial. Bagi saya, ini bukanlah exit plan daripada bidang content creation, tapi satu cabaran baru untuk saya terus berfikir secara kreatif, mengembangkan kemahiran sedia ada dan belajar bekerja dengan lebih baik dalam satu pasukan.

Perkara yang anda pelajari tentang diri sendiri daripada End Of Day Coffee?

Kreativiti tak cukup untuk bina perniagaan yang berkekalan. Saya belajar untuk mendengar, bertolak ansur dan memahami perspektif orang lain, terutama apabila bekerja dengan rakan kongsi. Kedua, untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan, merancang perbelanjaan serta memahami perniagaan perlukan kesabaran. Tak boleh buat keputusan berdasarkan kemahuan semasa, tapi perlu memikirkan kesan jangka masa panjang. End of Day Coffee buat saya lebih terbuka, sabar dan matang.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down