Langgan

Bicara ELLE Bersama Qhouirunnisa

Hijabi dengan gaya bold dan fashion-forward!
2 minit untuk membaca
Published: September 5, 2025
Qhourunnisa
Gambar: Instagram/ @qhouirunnisa

Dalam dunia fesyen yang kian eksperimental, Qhourunnisa Syasya menyerlah dengan gaya unik yang diinspirasikan anime, dipadukan dengan sentuhan avant-garde street style. Selami pilihan kegemaran Qhourunnisa, pencipta kandungan yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini? 

Chinese street style! I suka tengok cara mereka gabungkan pakaian tradisional dengan streetwear, sangat stylish!

Satu produk kecantikan that you can’t live without

Pelembab, I mesti pakai setiap hari dan setiap malam. 

Demon slayer
Filem Demon Slayer: Kumetsu No Yaiba Infinity Castle

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

I baru tonton filem terbaru ‘Demon Slayer’, seronok sangat! 10/10 mesti tonton kalau minat anime hehehe.

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Matcha latte ataupun jus buah-buahan.

Tempat ‘escape’ kegemaran anda?

I suka pergi ke kedai buku, membaca dan meluahkan perasaan di dalam jurnal.

Lagu yang boleh anda dengari berulang kali?

‘Love’ oleh Wave to Earth.

Rutin pada setiap pagi sebelum memulakan hari?

I akan menulis jurnal dan merancang perkara yang ingin dilakukan.

Siapa ikon fesyen atau kecantikan anda dan kenapa?

Hmm… tak ada, tapi untuk rujukan fesyen I terinspirasi daripada anime ‘Jojo’s Bizzare Adventure’. Artstyle dan fesyennya unik.

Qhourunnisa
Gaya yang diinspirasikan daripada Leone Abbacchio

Perbezaan kehidupan sebelum dan selepas berkahwin?

Seronok menikmati hidup bujang tapi waktu malam rasa sunyi. Selepas berkahwin pun hidup tetap menyeronokkan apatah lagi sudah ada peneman hidup di sisi. Lebih istimewa, kami berdua sama-sama bergelar content creator, jadi kerja terasa lebih menyeronokkan!

Bagi anda, apa trend yang sedang ‘in’ dan ‘out’ dalam fesyen?

Bagi I, tak ada trend yang in atau out sebab setiap orang ada minat dan pilihan masing-masing. Selagi anda rasa gembira, selesa dan yakin dengan trend tersebut, you do you girl.

Pasukan bola sepak yang anda sokong dan kenapa?

Arsenal sebab suami I minat Arsenal, dia kata mesti pilih Arsenal (ketawa).

Qhourunnisa
Gambar perkahwinan Nisa
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down