
Dengan minat dan keyakinan tinggi, Wan Zurnadia Fadhila merantau ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian dan membuka peluang baru. Dedikasinya dalam fesyen jelas terserlah melalui setiap kandungan yang dicipta, menjadikannya antara wajah berhijab paling menonjol kini.
Satu produk kecantikan that you can’t live without?
Krim pelindung matahari, bagi saya ia adalah perlindungan yang paling terbaik dan selamat!
Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?
Masih obses dengan blazer oversized dan gaya model off-duty. Very Hailey Bieber vibe! Saya juga suka but rekaan sleek, padanan color block macam Pinterest moodboard dan saya sangat gembira kerana polka dot kini kembali semula.
Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?
Saya lebih suka Teh O. Apa-apa teh yang ada di menu, saya pesan saja.
Lagu yang boleh anda dengari berulang kali?
‘Better Off’ oleh Ariana Grande.
Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?
Saya selalu tunggu dan tengok episod podcast ‘Anything Goes with Emma Chamberlain’! Saya juga teruja menantikan 'Stranger Things’ musim ke-5 yang pastinya akan epik.
Tempat ‘escape’ kegemaran anda?
Selalunya di rumah.. tapi kalau saya rasa burnt out, mungkin saya jogging di Taman Tasik Titiwangsa atau balik kampung di Ipoh!

Bagi anda, apa trend yang sedang ‘in’ dan ‘out’ dalam fesyen?
In; gaya clean girl dan effortless. Out; sejujurnya tiada! Saya gemar melihat pelbagai stail! Sesetengah trend mungkin tak sesuai dengan vibe peribadi saya, tapi saya suka bila orang lain mengekspresikan diri sendiri melalui fesyen.
Item dalam beg tangan yang mesti ada?
Telefon dan earphones.
Perasaan bila memakai padanan ‘outfit’ yang anda suka?
Akan ada satu perasaan yakin dan gembira sepanjang hari.

Haruman atau minyak wangi kegemaran all off time?
‘Libre Le Parfum’ daripada YSL, kegemaran sepanjang masa!
Perkara menarik yang ingin diterokai tahun depan?
Saya teruja untuk meneroka lebih banyak pertunjukan dan kempen fesyen, malah mungkin juga mencuba peranan lakonan kecil. Benda-benda baru yang mencabar dan membantu saya berkembang.
View this post on Instagram

