Langgan

Daya Tarikan Abadi Jam Tangan Tudor

Dicipta untuk mengiringi langkah wanita dari pagi hingga malam, jam tangan Tudor menyatukan ketepatan Swiss dan gaya anggun dalam satu ciptaan serba guna.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
1 minit untuk membaca
Published: August 30, 2025
Gambar: Tudor

Rekaan abadi, ketelitian mekanikal dan semangat sofistikated mendefinisikan koleksi terbaharu TUDOR. Setiap jam tangan hadir sebagai cerminan berbeza falsafah abadi jenama ini. Sama ada anda terpikat dengan warisan ikonik koleksi Black Bay, keanggunan puitis Clair de Rose atau daya tarikan sport chic kontemporari Royal, pasti ada sebuah jam tangan yang mencuri perhatian anda.

Black Bay 54 Lagoon Blue

Tudor
Jam tangan Black Bay 54 Lagoon Blue (37mm) keluli dengan dail biru bertekstur pasir dan gelang lima paut dengan pengancing TUDOR ‘T-fit’

Black Bay 54 Lagoon Blue adalah jam tangan vang menyempurnakan setiap detik. Di sebalik dail bertekstur berkilau dan bezel berkilat cermin. terletak pergerakan automatik yang diperakui COSC, menyimpan tenaga selama 70 jam.

Clair de Rose

Tudor
Jam tangan Clair de Rose (34mm) keluli dengan berlian, dail opalin dan gelang ‘beads of rice’

Jam Clair de Rose menyerlahkan keanggunan dalam setiap perincian, memikat dengan lengkungan sensual yang dihiasi elemen berlakur biru dan kilauan berlian. Disempurnakan dengan crown yang menampilkan blue spinel cabochon.

Tudor Royal

Tudor
Jam tangan Tudor Royal (34mm) keluli dengan dail warna salmon dan gelang lima paut bersepadu

Jam tangan ini pasti mencuri pandangan kedua dengan bezel bergerigi yang terserlah keunikannya. Tudor Royal ialah jam tangan sporty yang menampilkan gelang bersepadu, pergerakan automatik dan dail berkemasan sunray dalam rona salmon.

Black Bay One

Tudor
Jam tangan Black Bay One 31 (31mm) keluli dengan dail warna champagne dan gelang lima paut dengan pengancing lipat TUDOR ‘T-fit’

Jam Black Bay One menampilkan estetika vintaj dengan sentuhan sofistikated. Dial berwarna champagne memberi kemasan timeless dan bergaya.

Koleksi jam tangan TUDOR tersedia di The Hour Glass.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down