Langgan

Tawaran & Promosi Merdeka 2025 Yang Wajib Direbut

Merdeka ke-68 lebih meriah dengan tawaran 2025 yang hebat!
2 minit untuk membaca
Published: August 28, 2025

Hari Merdeka ke-68 bakal menjelang 31 Ogos ini, seluruh Malaysia sedang merancang cara tersendiri untuk meraikan cuti kebangsaan yang penuh makna. Namun, bukan hanya semangat patriotik yang dinanti, tetapi juga deretan tawaran Merdeka 2025 yang cukup mengujakan, daripada sajian kulinari hinggalah tawaran membeli-belah. Kami kurasi khas untuk anda, agar sambutan Merdeka tahun ini lebih istimewa, bergaya dan tentunya penuh rasa Malaysia.

Inside Scoop

Inside Scoop, jenama aiskrim tempatan popular, kembali dengan ‘LOKAL LEGENDS’ pada tahun kedua dengan kerjasama jenama ikonik dan nostalgia warga Malaysia - Gardenia, Julie’s, GSC, Beryl’s, ZUS Coffee dan Farm Fresh! Inside Scoop mencipta enam perisa aiskrim edisi terhad yang diinspirasikan oleh perisa kegemaran tempatan daripada setiap jenama.

Machino

Machino mempersembahkan koleksi istimewa sempena Merdeka, kasut dengan sentuhan batik yang memukau. Padanan sempurna antara seni tradisi dan gaya kontemporari, rekaan ini bukan sekadar pelengkap gaya, malah sebuah pernyataan fesyen yang wajib dimiliki musim ini.

Saoi (Merdeka Giveaway)

Sertai Merdeka Giveaway Saoi dan rebut peluang memenangi sehingga RM1,000 kredit stor untuk gaya impian anda. Jangan lepaskan, inilah masanya untuk bergaya sambil meraikan Merdeka! Layari akaun Instagram Saoi untuk ketahui lebih lanjut syarat-syarat penyertaan.

Lacher Patisserie

Jika anda meraikan dengan Hari Merdeka ini bersama teman tersayang, pastinya pemanis mulut merupakan elemen penting apabila menyajikan sajian kepada tetamu. Lachér Patisserie hadir dengan perisa eksklusif baharu, kek White Coffee Hazelnut diinspirasikan daripada cita rasa tempatan. Pastikan menempah awal kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya satu hari sebelum untuk pre order.

Pandora

Sempena promosi Merdeka ini, para pembeli boleh menikmati tawaran Beli 2, Percuma 1 untuk barangan terpilih. Dengan kata lain, apabila anda membeli dua barang kemas, anda berpeluang memilih satu lagi secara percuma. Ini memberi kebebasan untuk bergaya, memadankan dan meneroka pelbagai rekaan mengikut cita rasa anda.

Taffy Gelato

Sempena Hari Merdeka, nikmati cita rasa tempatan dalam gelato Tau Foo Fah bersama sago & gula Melaka yang boleh didapati sehingga hujung minggu ini sahaja di kedua-dua cawangan Taffy Gelato di Elmina Lakeside Mall dan The Campus Ampang.

Nelissa Hilman

Bermula 8 Ogos hingga 1 September 2025, raikan kraf tempatan dengan tawaran istimewa BOGO (beli satu, hadiahkan satu) khas untuk peminat jenama Nelissa Hilman.

Tawaran ini sah di nelissahilman.com, stor Nelissa Hilman Bangsar dan stor Nelissa Hilman Mid Valley, selagi stok masih ada. Dapatkan pasangan kedua (nilai sama atau lebih rendah) secara percuma!

Riuh Merdeka

RIUH kembali Merdeka ini, dengan membawakan kepada anda pelbagai aktiviti, persembahan, jualan dan makanan selama 30 jam tanpa henti! Bersedia untuk shopping sakan! Terdapat lebih daripada 25 jenama tempatan yang hebat untuk korang explore di RIUH Merdeka. Dari fashion unik, aksesori hinggalah ke perfume, pastinya ada sesuatu untuk anda.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down