Bagi yang kurang berminat dengan larian, fun run boleh memberikan pendekatan baharu dalam mengubah definisi larian kepada sebuah pengalaman yang unik. Memandangkan hari Merdeka bakal tiba, terdapat banyak aktiviti larian sepanjang bulan ini yang mampu membangkitkan lagi semangat patriotik.
1. Kuih 4 Run, MMU Cyberjaya
Nikmati juadah tradisional ketika berlari! Kuih 4 Run merupakan aktiviti kolaborasi antara Rakan Muda Mega Fest dan SRM Multimedia University Cyberjaya. Ia bukan sahaja tentang kecergasan, namun juga sebagai sambutan warisan kuih tradisional.
Tarikh: 24 Ogos, Ahad
Masa: 6am - 11am

2. Durian Sarong Run, SS2
Dinobat sebagai jenama durian terbaik di Malaysia, DKing menganjurkan larian beramal yang dapat menyatukan budaya, kecergasan dan komuniti. Terdapat banyak aktiviti menarik seperti tarian singa dan ping pong. Tidak dilupakan juga, setiap pelari dapat membawa pulang durian dan menerima 50% diskaun bagi cendol Musang King atau XO. Terkecur liur membayangkannya!
Tarikh: 24 Ogos
Masa: 6.30am - 1pm
3. The Sky Race, Merdeka 118
Bagi yang mendambakan pemandangan berbeza, tiba masa untuk mengubah landskap trek larian! The Sky Race adalah aktiviti mendaki 2,845 langkah anak tangga ke puncak menara Merdeka 118. Bahagian paling best? Dapat menikmati pemandangan kota Kuala Lumpur serta meraikan simbol kebanggan negara pada minggu merdeka.
Tarikh: 30 Ogos 2025
Masa: 6am - 5pm
4. The Curve Merdeka Food Run
Jika MMU menjuadahkan kuih, The Curve Merdeka Food Run go all out! Fikirkan sahaja semua makanan tradisional Malaysia. Nasi lemak, kuih-kuih seperti apam balik, juga pencuci mulut seperti cendol. Stesen makanannya diletakkan di sepanjang trek laluan di sekitar presint beli-belah The Curve. Semestinya cukup unik, dan seiring dengan kategorinya sebagai fun run!
Tarikh: 30 Ogos
Masa: 7.30am

5. Larian Bersama Veteran Putrajaya
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia mengorganisasikan larian bagi orang awam dan veteran. Para peserta dapat berpeluang menzahirkan rasa syukur dan hormat bagi para pejuang negara. Terdapat dua jarak, pertama adalah 5km. Jarak kedua 10km pula lebih intens dan bagi kepada yang ingin bertanding.
Tarikh: 24 Ogos
Masa: 6am - 11am
