Langgan

Apple Umum Integrasi ChatGPT Dengan GPT-5 Bermula iOS 26

Apple mengatakan integrasi ChatGPT pada Apple Intelligence akan mengguna pakai GPT-5 yang terbaru, bermula iOS 26, iPad OS 26, dan juga macOS 26.
1 minit untuk membaca
Published: August 18, 2025

Apple terus memperkukuh komitmennya terhadap kecerdasan buatan dengan mengumumkan bahawa integrasi ChatGPT dalam Apple Intelligence. Ciri ini akan menggunakan teknologi terkini daripada OpenAI, iaitu GPT-5. Ciri ini bakal diperkenalkan melalui kemas kini iOS 26, iPadOS 26 dan macOS 26.

Meskipun belum diumumkan secara rasmi, pelancarannya dijangka berlangsung sekitar September atau Oktober 2025 nanti. Ia bertepatan dengan pelancaran barisan iPhone terbaharu dan kemas kini sistem operasi tahunan Apple.

GPT-5: Lebih Pintar, Pantas dan Tepat

Diperkenalkan baru-baru ini oleh OpenAI, GPT-5 ialah model ChatGPT AI generasi baharu yang menawarkan peningkatan ketara dari segi keupayaan dan prestasi. Ia bukan sahaja lebih pantas danresponsif, malah turut menampilkan kefahaman bahasa yang lebih mendalam. Ciri kebolehan pengekodan yang lebih baik juga diperkenalkan serta kecekapan dalam menyelesaikan masalah kompleks. Antara contohnya adalah ciri penyelesaian masalah seperti soalan matematik dan hukum logik.

Yang paling penting, GPT-5 ini direka untuk mengurangkan halusinasi AI. Sekali gus menjana maklumat dan jawapan yang lebih tepat dan boleh dipercayai.

Pengalaman AI Lebih Peribadi Dalam Ekosistem Apple

@fuzz.my

Semua iPhone yang dapat update iOS 26 terbaru!

♬ original sound - FUZZ - FUZZ

Integrasi GPT-5 ke dalam Apple Intelligence adalah sebahagian daripada visi Apple untuk menghadirkan pengalaman pengguna lebih peribadi, intuitif dan pintar. Fungsi ChatGPT akan ditawarkan secara opt-in kepada pengguna dengan Apple mengekalkan prinsip privasi sebagai teras utama. Para pengguna diberi kawalan penuh terhadap data yang dikongsi.

Selain peranti Apple, pengguna juga boleh mengakses GPT-5 hari ini melalui ChatGPT serta platform Microsoft Copilot untuk produk Microsoft.

Langkah ini menandakan satu lonjakan besar dalam landskap teknologi pengguna. Kehadiran AI generatif semakin menjadi sebahagian penting dalam kehidupan digital seharian kita dan akan datang!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down