
Zhang Ziyi Duta Global Jaeger-LeCoultre
Jaeger-LeCoultre mengumumkan pelantikan pelakon terkenal antarabangsa, Zhang Ziyi sebagai duta jenama global terbaru mereka. Perkongsian yang mengujakan ini menyatukan komitmen Jaeger-LeCoultre terhadap ketepatan, inovasi dan reka bentuk menawan yang seiring dengan bakat luar biasa juga keanggunan bersinar Zhang Ziyi.

Nicole Kidman Menyarung OMEGA
Nicole Kidman dilihat memakai OMEGA di Kejohanan Tenis Wimbledon pada petang Ahad lalu. Aktres ini menghadiri perlawanan akhir Perseorangan Lelaki dengan mengenakan jam tangan Constellation 28 mm dalam keluli tahan karat (131.15.28.60.56.001). Jam tangan ini menampilkan bezel bertatahkan berlian dan dail kelabu berus matahari dengan penanda masa berlian.

Araya Hargate & Chopard
Pelakon Thailand, Araya Hargate tampil memukau di acara Tamara Ralph Couture Fall/Winter baru-baru ini. Dia menawan dengan anting-anting dua berlian berbentuk hati seberat 10.02 karat setiap satu, 0.77 karat berlian berbentuk bulat dan 0.25 karat berlian, serta gelang tangan yang dihiasi dengan 16.27 karat berlian potongan marquise, 9.91 karat berlian berbentuk bulat dan 9.10 karat berlian. Kedua-duanya daripada koleksi Haute Joaillerie dan diperbuat daripada emas putih 18 karat.
