Langgan

Trend Barang Kemas Yang Akan Menyerlahkan Stail Anda

Gaya barang kemas ini bakal jadi pelengkap sempurna penampilan anda.
2 minit untuk membaca
Published: May 12, 2025

Serlahkan aura elegan dengan pilihan barang kemas yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga mampu mengubah penampilan harian anda menjadi luar biasa. Daripada rekaan minimalis mutiara sehingga cincin koktel yang penuh glamor, berikut adalah trend barang kemas yang patut anda cuba sekarang.

Simbol Glamor

Trend Barang Kemas
Gambar: Dari pentas peragaan Versace/Launchmetrics Spotlight

Cincin koktel sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin tampil menonjol. Besar dan menawan, dihiasi batu permata beraneka warna atau rekaan yang memikat pandangan, aksesori ini bukan untuk si pemalu kerana cincin koktel hadir sebagai penyeri dengan penuh drama dan keanggunan.

Daripada rekaan vintaj yang sarat nostalgia sehingga sentuhan yang moden futuristik, setiap satu membawa karakter tersendiri, seolah-olah menceritakan kisah yang ingin didengar. Namun ingat, jari-jemari anda kini menjadi tumpuan, jadi pastikan kuku terhias rapi, kerana setiap perincian kecil punya makna yang besar.

Cincin Grain de Café, Cartier

Cincin Coco Crush, Chanel

Seni Stacking

Trend Barang Kemas
Gambar: Dari pentas peragaan Maison Sara Chraibi/Launchmetrics Spotlight

Musim ini, pentas peragaan menyaksikan ledakan trend aksesori perak bertindan, mencipta a symphony of stacked silver yang berani dan ultra-chic. Rumah fesyen seperti Chraibi, Duran Lantink, Gaurav Gupta, Rokh, Sacai, dan Ujoh menampilkan aksesori perak dengan berani yang menghidupkan estetika moden dengan sentuhan avant-garde. Daripada subang ular melingkar di Gaurav Gupta hingga subang berantai rock chic di Rokh, serta susunan gelang berseni di Sacai dan minimalis di Ujoh, trend ini menggabungkan tekstur dan bentuk yang mencerminkan keanggunan dinamik. Di Duran Lantink, aksesori serta pakaian sama naik meminta perhatian, manakala Chraibi mengetengahkan kehalusan futuristik yang sleek. Lebih daripada sekadar aksesori, lapisan perak yang digayakan asimetri ini melambangkan kebebasan berekspresi, di mana kemewahan bertemu keberanian dalam rentak fesyen yang tidak terbatas.

Rantai HardWear, Tiffany & Co.

Anting-Anting Anagram Pebble, Loewe

Tarikan Mutiara

Trend Barang Kemas

 Di pentas peragaan SS25, mutiara menjadi tumpuan utama, dengan jenama-jenama mewah tersohor memberi tafsiran mereka yang cukup memikat. Antaranya, cuff tangan yang elegan, anting-anting juntai, klip rambut yang mempesona dan juga loket yang bersinar. Biarkan kilauan mutiara putih melingkari leher, pergelangan atau jari anda, ditemani sentuhan emas perak atau emas putih yang abadi sebagai warisan gaya yang tak lekang dek zaman.

Rantai mutiara Ariana Grande x Swarovski, Swarovski

Gelang perak dan mutiara, Thomas Sabo

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down