Langgan

Sambut Hari Ibu yang Penuh Makna Dengan Aktiviti Menarik ini!

Selamat Hari Ibu!
3 minit untuk membaca
Published: April 30, 2025

Hari Ibu adalah hari yang istimewa untuk meraikan segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu kita. Raikan hari ibu dengan lebih bermakna dengan memilih aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menenangkan. Rancang aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ibu tercinta untuk sambutan Hari Ibu yang penuh makna!

Brunch & Afternoon Tea Di W Kuala Lumpur

Pinkies Up, Mom!

Nikmati sesi afternoon tea yang istimewa dan mewah dengan hidangan manis dan savory, serta minuman yang menyegarkan termasuk kopi, teh, mocktail, cocktail dan wain terpilih di Living Room W Kuala Lumpur

Tempat: Living Room, Tingkat 8

Tarikh: 10 & 11 Mei 2025

Masa: 3:00PM – 5:00PM

Living Room Afternoon Tea

Flock Sunday Brunch

Raikan momen indah dan makanan yang sedap dengan buffet brunch yang lain daripada yang lain. Selain dari hidangan istimewa, terdapat juga aktiviti menarik untuk memeriahkan hari ibu ini, antaranya ialah seperti:

  • Cabutan Bertuah: Tiga tetamu bertuah akan memenangi baucar makan W.
  • "Mom Trivia" Showdown": Cabaran untuk siapa yang lebih mengenali ibunya. Pemenang akan mendapat hadiah.
  • Memory Jar Moments: Kongsi kenangan manis tentang ibu. Jika terpilih, ibu anda akan menerima hadiah.
  • Fingerprint & Handprint Card Session: Peluang untuk anak-anak mencipta kad kreatif untuk ibu masing-masing.
Desserts-Flock's Sunday Brunch

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi 03-2786 8888 /012-347 9088 atau emel [email protected]

Sesi Yoga atau Pilates

Jika ibu anda sukakan aktiviti yang menenangkan dan memberi fokus kepada kesihatan fizikal dan mental, sesi yoga atau pilates adalah pilihan yang sempurna. Cari studio yoga atau pilates di sekitar kawasan anda yang menawarkan kelas khas untuk Hari Ibu atau kelas biasa untuk bond bersama.

@eight.reformerstudio Mother’s Day spent right 🩰💐✨🫶🏼 #reformerpilates #mothersday #pilatesevent #pilatesstudio ♬ slipping through my fingers - Jen

Baking Class

Untuk ibu yang suka mencuba resepi baru, terdapat banyak tempat yang menawarkan kelas membuat kek dan pastri yang membolehkan anda dan ibu anda belajar resepi baru dalam suasana yang menyeronokkan. Bukan sahaja dapat belajar kemahiran baru, malah anda dapat menikmati hasil masakan bersama, menambah kemesraan antara ibu dan anak.

@whoisnzz spent my saturday with sissy bean baking cute fruit tarts 🍓🍒🫐🍊 checkout @/handsonworkshopmy on IG to sign up! classes would range between RM300-RM500 👩🏻‍🍳 #fyp #baking #bakingclass #fruittarts #fruits #desserts #dessertworkshop #dessertkl ♬ As It Was - PREP

Batik Paintings

Untuk Aktiviti ini, anda boleh mencari bengkel seni yang menawarkan kelas lukisan batik di mana ibu anda boleh meluahkan kreativiti sambil belajar teknik melukis batik. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi peluang untuk ibu mencipta karya seni yang boleh dijadikan kenangan manis.

@rehanmuhd FUN Things to do on weekend at KL Bajet RM20. Boleh hilang stress & unleash your creativity! #batikpainting #fundateideas #muziumkrafkualalumpur #freedateideas ♬ rumah ke rumah hindia cover - acaploko

Sesi Manicure & Pedicure

Selepas seharian sibuk, ibu anda pasti memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Hadiahkan ibu sesi manjakan diri dengan manicure dan pedicure. Terdapat banyak spa dan salun kecantikan yang menawarkan pakej ini dengan pelbagai pilihan rawatan dan kecantikan untuk membantu ibu merasa lebih segar dan relaks.

@poshnailspa.my Do you have a Mother's Day gift ready for your mom? Pamper your mother this Mother's day with our special Mother's Day Promo. Contact us for more information👇🏻 📍POSH TTDI 31, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur ☎️ 0129018219 📍POSH SS2 23, Jalan SS 2/30, SS 2, 47300 Petaling Jaya ☎️0128048219 📍POSH Bukit Tunku Lot G1 & G1-1, Taman Tunku, Jln Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur ☎️0123098219 #MothersDayTreat #SpaDay #ManicurePedicure #NailSpa #SelfCare ♬ original sound - POSH Nail Spa
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down