
Apabila ditanya tentang gaya fotografinya, Azyan Syazwani menjawab, “Saya selalu menekankan cara menghembus nafas dalam setiap gambar.” Dalam karya peribadinya, emosi memainkan peranan penting. Setiap gambar yang diambil mencerminkan kata hatinya. Apabila merenung dan terasa melankolik, hasil gambar kelihatan syahdu manakala apabila gembira hasil gambarnya menjadi lebih lembut dan terang. Sebagai seorang yang penuh perasaan secara semula jadi, emosi mempengaruhi cara dia melihat dan mengabadikan dunia. Atas sebab ini, karya Azyan kelihatan penuh kehidupan.
Mencari Keikhlasan

Pendekatan ini diteruskan apabila menjalankan projek klien juga. Walaupun emosi merupakan sumber kreativiti baginya, dia juga menekankan profesionalisme dan memastikan yang perasaannya tidak akan menghindarinya daripada menjalankan kerja. Dengan ini, Azyan tidak lagi menterjemahkan emosi sendiri, tetapi membalikkan perhatian kepada subjek. Contoh terbaik dapat dilihat pada penggambaran potretnya. Dia meletakkan kepentingan atas keselesaan dan juga cuba berhubung bersama subjek supaya mereka tidak menghiraukan kamera. “Apabila mereka selesa dengan diri sendiri barulah muncul detik-detik ikhlas,” dia menerangkan. Dari situlah emosi dapat dirakam dan naratif terbentuk dalam sebuah gambar.
Keindahan Dalam Kesederhanaan

Keselesaan sangatlah penting bagi Azyan, malah aspirasi hidupnya adalah untuk membina kehidupan yang selesa dan penuh makna. Sejak kecil lagi dia mengimpikan kehidupan dalam rumah yang selesa dengan pemandangan pencakar langit. Terdapat sesuatu yang indah tentang kehidupan aman damai. Mungkin inilah sebab subjek impian bagi Azyan merupakan pasangan orang tua yang masih dilamun cinta sejak kali pertama menatap mata. Dalam bayangannya, dia menggambarkan pasangan ini di tengah padang rumput yang panjang dengan sinaran matahari lembut dan tiupan angin sepoi-sepoi. Cinta mereka dapat disampaikan melalui raut wajah dan detik-detik sederhana. “Ada sesuatu yang sangat indah tentang cinta yang lestari,” kata Azyan.
Bukan Sekadar Gambar

“Saya berharap gambar saya membuatkan orang berasa hidup. Saya mahu mereka merasakan sesuatu yang mendalam dalam diri mereka, bukan sahaja mengagumi warna, filter atau aspek teknikal imej, tetapi benar-benar berhubung dengan emosi di sebaliknya,” luah Azyan. Setiap gambar yang diambil Azyan telahpun disematkan dalam hati. Gambar-gambarnya membawa memori dan emosi serta melambangkan perjalanannya sebagai seorang jurugambar.

