Langgan

Ninja SLUSHi™ Yang Viral Kini Rasmi di Malaysia!

Slush it your way!
2 minit untuk membaca
Published: January 16, 2026

SharkNinja Malaysia, syarikat reka bentuk produk dan teknologi global yang terkenal sebagai pencipta Ninja® CREAMI® kini viral. Sekali lagi mencetuskan perubahan dalam dunia minuman sejuk beku dengan pelancaran Ninja SLUSHi™ Professional Frozen Drink Maker. Inovasi terbaru ini membolehkan semua untuk menikmati slushie kegemaran di rumah tanpa memerlukan ais dengan pengalaman lebih mudah dan menyeronokkan!

Teknologi RapidChill untuk Rasa Sempurna

Keistimewaan utama Ninja SLUSHi™ terletak pada teknologi eksklusif RapidChill yang mampu membekukan cecair secara sekata sambil mengekalkan suhu optimum. Dengan teknologi ini, minuman sejuk beku dapat disediakan dalam masa seawal 15 minit tanpa menggunakan ais dan hanya dengan pilihan minuman kegemaran anda. Pengguna juga boleh mengekalkan minuman pada suhu dan konsistensi ideal sehingga 12 jam menerusi kapasiti XL yang praktikal. Berbeza dengan mesin lain yang memerlukan ais, sistem dua bahagian RapidChill membolehkan pengguna mengawal ketebalan, suhu dan tekstur minuman hanya melalui beberapa langkah mudah.

Kebebasan Kreativiti dengan Perisa Tempatan

Ninja SLUSHi™ membuka ruang kreativiti tanpa had kepada pengguna untuk mencuba pelbagai perisa kegemaran anda. Antaranya seperti teh tarik slush, sirap bandung freeze dan limau ais ala mamak. Setiap ciptaan boleh disesuaikan mengikut cita rasa sendiri menjadikannya pilihan ideal untuk hiburan keluarga dan sesi santai di rumah.

Kempen ‘Slush It Your Way’

Bagi meraikan pelancaran ini, Ninja melancarkan kempen ‘Slush It Your Way’ bermula pertengahan Januari dengan kerjasama 60 pempengaruh. Kempen ini turut menampilkan kolaborasi perisa bersama jenama popular seperti F&N Teh Tarik, Sprite, Ribena, Tapping Tapir, Warrior dan HiveTown. Dengan gabungan ini, ia lebih menggalakkan pengguna meneroka kreativiti minuman sejuk beku mereka sendiri.

Harga, Promosi dan Ketersediaan

Ninja SLUSHi™ akan mula dijual di Malaysia pada 15 Januari 2026 dengan harga RM1,499 menerusi laman rasmi SharkNinja.my. Sebagai promosi pelancaran, setiap pembelian akan menerima Ninja Blast Portable Blender percuma bernilai RM399 dari 15 Januari hingga 31 Mac 2026, selagi stok masih ada. Produk ini juga akan tersedia di peruncit utama seluruh negara serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Layari juga akaun media sosial untuk maklumat lebih lanjut di @ninjakitchenmy

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down