Langgan

Sistem Audio Premium Devialet

Devialet membuka pintunya untuk pengalaman audio maksima.
1 minit untuk membaca
Published: April 17, 2025

Jenama sistem audio dari Perancis, Devialet kini membuka pintunya di Kuala Lumpur dengan pembukaan rasmi stor eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur. Pembukaan ini seiring dengan strategi pemasaran jenama ini yang mahu memberikan satu inovasi dan pengalaman baru bagi pasaran Malaysia yang dilihat cukup dinamik.

Menurut Ketua Pegawai Operasi jenama ini, Jacques Demont berkata Pembukaan stor di Kuala Lumpur menjadi langkah yang cukup signifikan bagi jenama ini memperkenalksan inovasi sistem bunyi berkualiti tinggi.” Istimewanya stor eksklusif ini akan turut memberi peluang untuk pengunjung merasai pengalaman mendengar sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

Antara peranti audio yang anda boleh cuba di sini termasuklah fon telinga Gemini, Soundbar Dione, pembesar suara mudah alih Mania dan sistem audio teater Phantom. Di stor eksklusif ini juga turut membolehkan anda mendengar kualiti premium yang ditawarkan.

Malah mereka turut menyediakan bilik audio yang menempatkan set teater rumah Phantom 5.1 bagi membolehkan pengunjung menikmati sendiri pengalaman mendengar. Turut menjadi fokus pelancaran adalah sistem bunyi Opera De Paris yang menerima sentuhan material khusus untuknya. 


ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down