
Sebagai seseorang yang menghabiskan sebahagian besar hari di depan skrin, saya mula sedar kesannya bukan sekadar mata yang penat. Bahu terasa semakin ke depan, leher mudah tegang, dan bahagian upper back pula sering rasa berat, terutama selepas hari yang panjang. Ringkasnya, postur saya sudah tidak berada pada tahap terbaik.
Jadi apabila berpeluang untuk mencuba Rounded Shoulder Humpback Correction Treatment di YINEE Posture Management, saya melihatnya bukan sekadar sesi wellness, tetapi peluang untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku pada tubuh selepas bertahun-tahun dengan gaya hidup yang sibuk.
Memahami Rounded Shoulder dan Humpback
Menurut terapis di YINEE, rounded shoulder dan humpback posture adalah keadaan yang sering berlaku apabila bahu sentiasa tertarik ke depan, manakala bahagian upper back membentuk lengkungan yang berlebihan. Ia mungkin nampak seperti isu postur biasa, tetapi jika dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia boleh memberi kesan kepada keselesaan harian, daripada kekejangan pada leher dan bahu, rasa berat pada belakang, sehingga pernafasan yang terasa kurang lancar.
Tidak mengejutkan, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini termasuk mereka yang bekerja lama di depan komputer, sering melihat telefon dalam posisi tunduk, atau mempunyai forward head posture—sesuatu yang sangat relatable dalam dunia kerja hari ini.
Pengalaman Rawatan: Teknik Freehand Yang Fokus Pada Alignment
Apa yang membezakan rawatan di YINEE adalah pendekatan non-invasive mereka yang menggunakan teknik freehand correction. Tiada mesin, tiada jarum. Hanya teknik manual yang mensasarkan bahagian upper back, shoulder blades, leher dan bahu untuk membantu melepaskan ketegangan otot dan memperbaiki alignment badan.
Sebelum sesi bermula, saya menjalani pemeriksaan postur terlebih dahulu. Dari situ, saya dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana posisi bahu saya sebenarnya lebih ke depan daripada alignment ideal. Kesan daripada bertahun-tahun duduk di hadapan laptop dengan postur yang mungkin “selesa”, tetapi tidak semestinya betul.
Sepanjang rawatan, ahli terapi memberi fokus pada beberapa bahagian yang menyimpan banyak ketegangan —terutamanya bahagian bahu, trapezius dan upper back. Ada sedikit rasa tekanan pada titik tertentu, tetapi ia lebih kepada rasa release berbanding sakit.
Perubahan Yang Terasa Selepas Satu Sesi

Sebaik sahaja rawatan selesai, perkara pertama yang saya perasan ialah posisi bahu terasa lebih terbuka. Dada terasa lebih lapang, leher lebih ringan, dan saya boleh berdiri dengan lebih tegak tanpa perlu “memaksa” tubuh untuk straighten up.
Visual belakang juga kelihatan lebih aligned, dan secara jujur, ia memberi kesan yang lebih besar daripada sekadar comfort—cara pakaian jatuh pada bahu dan back silhouette juga nampak lebih kemas. Sebagai seseorang yang bekerja dalam dunia fesyen, ini adalah detail kecil yang sebenarnya memberi impak besar.
Siapa Yang Patut Cuba?
Rawatan ini sangat sesuai untuk mereka yang:
- Duduk terlalu lama di depan komputer
- Sering melihat telefon dalam posisi tunduk
- Mengalami forward head posture atau “turtle neck”
- Selalu rasa tegang pada leher, bahu atau lower back
- Mahu memperbaiki postur untuk penampilan yang lebih polished

