
Ada suatu ketika dahulu dimana setiap helaian rambut harus digel, setiap bun disikat dengan kemas dan lingkaran gelap bawah mata ditutupi dengan concealer. Era clean girl aesthetics dan kesempurnaan minimal pernah dominasi ruang halaman media sosial kita.
Tapi untuk tahun 2026? She's different.
Beralih ke 'Messy Girl Trend', di mana kesempurnaan tidak lagi relevan. Dalam rutin seharian yang seimbang di antara Pilates dan Iced Latte, gaya ini hadir dengan suatu yang selari dalam jadual harian anda. Estetika ini hidup melalui pelbagai interpretasi. Setiap satu dengan pendekatan yang tersendiri, effortlessly undone namun masih nampak intentional.
1. Tousled Look
Gaya tousled dengan rambut yang lebat semula jadi, bukan jenis rambut yang digel dengan sempurna tapi lebih kepada tekstur yang nampak hidup. Ada elemen softness yang buat keseluruhan gaya terasa santai.
2. Heroin Chic
Rambut pendek dengan tekstur yang sedikit bersepah, seolah-olah dibiarkan kering secara natural tanpa terlalu banyak styling. Fringe tidak sekata, menunjukkan gaya 'undone'. Dipadankan dengan solekan yang minimalis dan sedikit smudged dibawah mata.
3. Soft Grunge
Penampilan ini lebih tertumpu pada mata yang sedikit smudged dengan tona gelap dipadankan dengan rona bibir yang berani, mencipta kontras misteri. Kulit dibiarkan tampak natural, memberi ruang untuk keseluruhan gaya terasa lebih hidup dan tidak terlalu lengkap.
4. Midnight Glam
Solekan ini fokus pada mata smoky, sedikit berani dan memberi kesan dramatik, dipadankan dengan rona bibir nude. Rambut dibiarkan jatuh secara tidak tersusun dan disikat tepi.
Akhirnya, messy girl bukan sekadar satu trend, tetapi satu refleksi kepada cara kita melihat kecantikan hari ini. Ia meraikan ketidaksempurnaan, memberi ruang untuk gaya yang lebih jujur dan tidak terlalu dikawal. Tidak semua perlu kelihatan rapi atau tersusun untuk dianggap cantik, kerana apa yang lebih penting adalah rasa selesa dan keyakinan dalam diri sendiri.
Dalam dunia yang sentiasa bergerak pantas, estetika ini menjadi satu peringatan bahawa tidak mengapa untuk kelihatan sedikit tidak teratur, sedikit asli dan sedikit berbeza. Di situlah terletaknya pesona yang lebih nyata, lebih dekat dan lebih selari dengan gaya hidup masa kini.

