Langgan

Olivia Dean Adalah Ikon Stail Masa Kini!

Gaya-gaya Olivia Dean adalah 'obsession' kami!
2 minit untuk membaca
Published: November 9, 2025

Lagunya membuatkan kita mengelamun. Dia mengetengahkan komposisi lagu neo soul yang seolah-olah mencipta rasa kebebasan setiap pepenjuru. Terutamanya lagu ‘Man I Need’ menyahut cabran diri untuk dicintai dan tak takut untuk berkasih sayang. Itulah Olivia Dean, penyanyi Inggeris yang sedang meningkat naik dan wajar diberi perhatian! Dialah ikon stail masa kini.

Olivia dean

Dunia pengembaraan seni Olivia Dean yang bermula sebagai penyanyi latar, sampaikan dia beroleh kejayan menjadi barisan hadapan dalam industri hiburan. Olivia membawa aliran baharu. Ada pencinta muzik yang mengangkat Olivia sebagai sosok yang mampu melaung “pernyataan diri yang positif, meniupkan semangat optimis pada rasa patah hati.”  

Olivia bertumbuh senada dengan kejayaannya. Fesyen atau stail Olivia terlihat jelas merantai perhatian ramai. Dia tidak terlalu berlebih-lebih, tidak juga menjelmakan sesuatu yang ‘teatrikal’. Citra Olivia menginsipirasi kewanitaan, dikongsi bersama dalam dunia gaya ada aspek vintaj dan sedikit bohemian. Ekspresi gayanya juga bernilai romantik, malah tidak gentar untuk bermain dengan tekstur. Ada yang melabel Olivia seorang dress connoisseur – kerana kekerapannya menyelimuti dalam pelbagai dress. 

Olivia dean

ELLE UK menggambarkan kejiwaan gaya Olivia yang acuh tak acuh, namun masih memancar kualiti bintang yang ada pada dirinya. Dan imej Olivia begitu dekat dengan peminat-peminat, lantas tanpa ragu-ragu, menjadikan penampilan dirinya serasa tidak begitu asing. 

Malah, kemunculan Olivia di CFDA Awards baru-baru ini membuatkan kita terpaku. Walhal gaun tiub serupa bandage yang direkan khas oleh Thom Browne itu ringkas pada pandangan, namun segalanya nampak serba kena dengan Olivia. 

Biduan yang popular dengan lagu ‘Man I Need’ ini menugasi Simone Beyene sebagai penata gaya peribadinya. Laluan kematangan fesyen Olivia membuatkan dirinya menjadi pilihan utama rumah-rumah fesyen ternama – contohnya, Miu Miu, Valentino, Burberry dan kini, menjadi wajah utama untuk Chanel. 

Menghayati perjalanan karier Olivia, tidak hairan dia memiliki stan account yang didedikasikan kepada fesyen-fesyennya! 

Antara gaya-gaya Olivia Dean yang menjadi pilihan ELLE

Olivia dean
Olivia Dean menggayakan Thom Browne di CFDA Awards
Olivia dean

Olivia Dean menggayakan Miu Miu

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down