Langgan

Piecey Bangs: The Cool-Girl Fringe of 2026

Tampil fresh tapi effortless.
1 minit untuk membaca
Published: January 9, 2026

Jika anda rasa bangs sudah pernah datang dan pergi, bersiaplah untuk versi yang lebih fresh, effortless dan moden. Bukan sekadar gaya rambut poni klasik atau blunt fringe yang kemas, trend piecey bangs kini muncul sebagai gaya paling diminati untuk tahun 2026: lembut, bertekstur dan penuh movement yang terasa casual yet chic.

Apa Itu Piecey Bangs?

Piecey bangs adalah stail rambut fringe yang dipotong dalam bahagian halus, bertindak seperti frame wajah tanpa kelihatan terlalu sempurna atau kaku.

Mengapa Piecey Bangs Jadi Trend 2026

1. Lembut, Tidak Berat

Berbeza dengan blunt bangs yang tebal, piecey bangs memotong rambut dalam segmen kecil yang ringan, menjadikannya kelihatan lebih natural dan hidup di sekitar wajah

2. Flattering Untuk Banyak Bentuk Wajah

Ahli gaya rambut mencadangkan bahawa piecey bangs sesuai untuk berbagai bentuk wajah kerana tekstur halusnya membantu melembutkan garis wajah dan memberi dimensi tanpa menonjolkan dahi secara berlebihan.

3. Gaya Fleksibel & Mudah Dipakai

Gaya ini bukan sekadar untuk rambut lurus. Ia boleh digayakan dengan rambut panjang, sederhana, atau apabila disapu ke tepi, diikat, atau dibiarkan terurai. Ia memberi elevated energy kepada gaya harian anda.

Cara Menata Piecey Bangs Yang Kemas

  1. Pilih produk ringan — fokus pada tekstur spray atau light mist supaya fringe anda tetap bergerak dan tidak lembap atau kaku. 
  2. Kekalkan ruang di antara helaian — biarkan jarak dan ruang untuk memberi kesan airy.
  3. Sentuhan akhir — tame flyaways dengan menggunakan sedikit pomade atau serum halus supaya fringe anda tampak natural, bukan statik.
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down