Semua mata kini tertumpu kepada watak utama filem Wednesday, Jenna Ortega. Pelakon berumur 23 tahun itu tampil dengan lagak penuh misteri bagi jelajah medianya, membawa penonton terus ke 'Nevermore'.

Jenna Ortega hadir ke tayangan perdana sulung Wednesday 2 pada 30 Julai di kota London. Setiap perincian rupanya merangkakan satu perkataan: goth. Dari solekan wajah, ke dress, hingga ke kasut. Penampilan bleached eyebrows baharu olehnya mengejutkan internet, memberikan reaksi bercampur baur. Ada yang minat dan ada juga yang mengerut muka. Namun lagak gelap dan misteri ini serangkai dengan DNA siri yang dipromosikan. Ia juga amat... Jenna! Penggayaan pertamanya menyerupai shedded skin pada ular. Reaksi terhadapnya juga dapat dijadikan ujian litmus tentang jurang minat antara orang ramai. Buat ELLE? She has never looked better!

Rupa keduanya di New York mengalihkan lagi perhatian orang ramai pada dirinya. Dress hitam dan mata smokey dipadankan dengan aksesori yang minima. Semua elemen amat kohesif dan mengejutkan, sehingga siarannya menerima 3.3 juta likes di Instagram! Ingatkah semua apabila Jenna menjadikan estetika goth sebagai trend tatkala Wednesday pertama dipamerkan? Tidak hairan jika perkara yang sama berlaku lagi pada tahun ini. Lihat sahaja nanti!

