Langgan

Wednesday Musim Kedua Kembali Ogos Ini!  

Jalan cerita yang lebih menarik bersama watak baru dan dunia Nevermore yang lebih misteri!
2 minit untuk membaca
Published: July 18, 2025

Siri popular Netflix Wednesday, bakal kembali dengan musim kedua yang penuh dengan elemen seram, humor gelap dan kejutan luar jangkaan. Jenna Ortega kembali sebagai Wednesday Addams dan musim baru ini akan ditayangkan dalam dua bahagian: Bahagian 1 pada 6 Ogos 2025, manakala Bahagian 2 pada 3 September 2025.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wednesday Netflix (@wednesdaynetflix)

Cabaran Baru Menanti di Nevermore Academy

Kembali ke Nevermore Academy, Wednesday kini berdepan cabaran yang lebih hebat. Dia berdepan cabaran dalam hubungan keluarga, sahabat dan musuh lama. Satu lagi misteri ghaib turut menggoncang alam gelap sekolah itu. Musim ini tampil dengan kisah lebih mendalam dan berbeza dengan sentuhan unik pengarah terkenal, Tim Burton.

Wednesday. Episode 201 of Wednesday. Cr. Helen Sloan/Netflix © 2025

Musim kedua turut memperkenalkan beberapa wajah baru, antaranya Steve Buscemi sebagai pengetua Nevermore, Barry Dort. Turut membuat kemunculan khas ialah Lady Gaga sebagai Rosaline Rotwood, salah satu pengajar di Nevermore Academy, Thandiwe Newton sebagai Dr. Fairburn dan Christopher Lloyd sebagai Professor Orloff. Barisan pelakon asal seperti Emma Myers, Catherine Zeta-Jones dan Luis Guzman juga kembali meneruskan watak masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wednesday Netflix (@wednesdaynetflix)

Nevermore Academy Kembali Dibuka!

Menambah keterujaan menjelang pelancaran musim baru ini, Netflix telah melancarkan semula laman web rasmi Nevermore Academy, lengkap dengan video rekrutmen dari Pengetua Dort. Peminat kini berpeluang 'memohon' untuk menjadi pelajar Nevermore dengan menjawab satu kuiz ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wednesday Netflix (@wednesdaynetflix)

Permohonan dibuka hingga 24 Julai 2025 dan pemohon bertuah mungkin menerima hadiah istimewa yang dihantar terus ke pintu rumah anda! – satu pengalaman interaktif yang mengaburkan sempadan antara dunia nyata dan dunia fiksyen Wednesday.

Wednesday Addams Terus Cipta Fenomena Global

Musim pertama Wednesday mencatatkan kejayaan luar biasa di seluruh dunia. Watak Wednesday Addams kini menjadi ikon generasi baru – penuh gaya, sinis dan unik. Barisan kreatif siri ini diketuai oleh Alfred Gough, Fastoto, Miles Millar dan Tim Burton. Musim kedua dijangka meneruskan kejayaan tersebut. Ia akan membawa penonton lebih jauh ke dalam dunia pelik Nevermore.

Instagram: @wednesdaynetflix
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down