Langgan

Old Money in a Bottle? Mungkin Inilah Harumannya

Chloé Atelier des Fleurs menangkap definisi moden old money.
2 minit untuk membaca
Published: May 3, 2026

Ada perfume yang dibuat untuk mencuri perhatian. Ada juga haruman yang tidak perlu berkata apa-apa, tetapi tetap membuat orang menoleh. Itulah aura old moneyquiet, refined, dan effortless. Dan musim ini, Chloé seolah-olah berjaya menangkap aura itu menerusi koleksi wangian baharu mereka, Atelier des Fleurs: The Mediterranean Essences.

Koleksi ini membawa sesuatu yang lebih subtle—haruman yang terasa seperti linen putih yang dijemur di bawah matahari Selatan Perancis, kulit yang baru disentuh cahaya petang, dan percutian musim panas di vila tepi laut yang diwarisi turun-temurun. Dan kalau anda mencari haruman yang benar-benar memberi aura quiet luxury, empat wangian ini mungkin jawapannya.

Atelier des Fleurs Sous les Pins - Haruman yang terasa seperti pokok pine di Mediterranean

Diinspirasikan oleh Porquerolles, sebuah pulau ikonik di Mediterranean Perancis, Sous Les Pins membawa sesuatu yang lebih imersif. Melalui teknik ekstraksi inovatif, Chloé berjaya menangkap aroma sebenar landskap pulau itu. Haruman woody yang hangat, aromatik, dan sangat intimate.

Atelier des Fleurs Plage du Figuier - Summer in Saint-Tropez

Diinspirasikan oleh kawasan sekitar Saint-Tropez, Plague du Figuier ini menampilkan nota fig yang lebih luminous dan fleshy, dipadankan dengan orange blossom yang memberi sentuhan Mediterranean yang unmistakable.

Ia terasa seperti percutian musim panas di atas yacht—kulit hangat disinari mentari, rambut yang dibelai angin laut, dan kaki yang masih disaluti pasir halus.

Atelier des Fleurs Vert Soleil - Segar, hijau dan effortless

Vert Soleil membawa karakter hijau yang lebih moden dan sophisticated. Menggunakan lentisque, sejenis tumbuhan Mediterranean yang jarang digunakan dalam perfumery, haruman ini terasa crisp, leafy, dan sedikit sitrus melalui penggunaan nota green mandarin. Bayangkan pagi musim panas di taman persendirian di Selatan Perancis—that's the vibe.

Atelier des Fleurs Sable Lavande - Apabila nota lavender klasik diberi sentuhan yang lebih sensual dan mahal

Lavender—nota yang sering dikaitkan dengan aroma klasik. Sable Lavande tidak hadir dengan karakter aromatik yang tajam. Sebaliknya, ia lembut, hangat, dan hampir creamy, dengan sentuhan fig dan amber. This fragrance doesn’t ask for attention, it simply leaves behind an unforgettable trail.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down