Langgan

Chanel N°5 Eau De Toilette: Interpretasi Moden Haruman Ikonik

Ikuti perkembangan Chanel N°5 dari 1921 sehingga kini.
2 minit untuk membaca
Published: March 26, 2026
Chanel N°5
Gambar ihsan Chanel

Pada tahun 1921, Gabrielle Chanel dikelilingi sampel haruman apabila satu idea mula terbentuk. Tetapi apakah sebenarnya bau bagi idea tersebut?

"Terdapat nota mawar, melur, kenanga dan pelbagai lagi. Semuanya baik-baik sahaja, tapi, N°5 mempersembahkan sebuah pertunjukan magic. Ia tidak membangkitkan sebarang nota yang dapat dikenal pasti," ujar pereka wangian, Ernest Beaux. Di situlah terletaknya keistimewaannya. Bagi Gabrielle Chanel, haruman ini satu pengalaman yang hanya dapat dirasai sepenuhnya oleh seorang wanita. Untuk menguji visinya, beliau menghadiahkan beberapa botol eliksir tersebut kepada rakan-rakannya, mengundang reaksi spontan daripada mereka yang pertama kali menghidunya

Chanel N°5
Gambar ihsan Chanel

Semua yang menghidunya terpesona lalu bertanya, "Apakah wangian yang kamu pakai?" Namun, apabila ditanya, bagaimanakah baunya, tiada siapa yang benar-benar mampu menjelaskan.

Gabrielle Chanel hanya tersenyum, mengetahui ramalan awalnya tepat. N°5 sebuah haruman yang misteri tetapi juga sesuatu yang sukar ditafsir, seperti cinta dan wanita itu sendiri. Ia kemudiannya dikenali sebagai “minyak wangi abstrak pertama.” Namun, di sebalik keabstrakannya terdapat satu kebenaran yang jelas: inilah haruman yang diingini wanita. Dirasai secara nyata, intim, di atas kulit mereka sendiri.

Chanel N°5
Gambar ihsan Chanel

Pada tahun 2026 pula, pereka wangiannya berkata, "Keaslian N°5 berkembang menjelang tahun." Apakah yang akan jadi sekiranya botolnya juga kembali kepada reka bentuk asal, botol yang menggambarkan inti pati mutlak kesederhanaan? Reaksinya, berulanglah lagi soalan, "Bagaimanakah baunya?" Berkali-kali. Jiwa moden hari ini menjawab, "Ia seperti harum kebebasan. Kebebasan untuk menjadi sesiapa pun." Harumannya universal.

Satu abad selepas kelahirannya, N°5 sekali lagi membaukan transformasi berkekalan.

Chanel N°5
Gambar ihsan Chanel

Pereka wangian dalaman Chanel, Olivier Polge berkata "N°5 Eau de Toilette ialah gubahan bunga abstrak moden yang dibezakan oleh nota haruman kayunya yang halus. Haruman itu menegaskan dirinya melalui keanggunan dan kerumitannya." Jadi siapa lagi yang cukup karisma dan kepelbagaian untuk menggambarkan keanggunan dan kerumitan ini kalau bukan Margot Robbie? Seorang wanita penuh misteri yang kelihatan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Wanita semula jadi yang effortless dan ceria. Seorang wanita yang mudah didekati untuk bertanya "Apakah wangianmu?"

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down