Langgan

5 Wangian Cool-Girl Tahun 2024 Yang Mesti Anda Miliki

Melangkah lebih yakin dengan semburan daripada wangian cool pilihan ELLE.
2 minit untuk membaca
Published: September 18, 2024

Semua tahu makna 'Brat', basically apa-apa sahaja yang cool. Tapi tahukah anda 'Brat-Summer-Girl' memakai wangian apa? Teruskan membaca dan merungkai lima wangian... pada pendapat kami are the ultimate cool-girl scent untuk tahun ini!

Cartier: The La Panthère Elixir

La Panthère, wangian floral ikonik daripada Maison ini, kini melebarkan deria olfaktori menerusi pelancaran La Panthère Elixir. Aroma musk liar yang digabungkan dengan nota bunga melati yang lembut, adalah sensasi yang ingin diterjemahkan oleh Mathilde Laurent, Pembuat Wangian Cartier, menerusi haruman ciptaan terbarunya ini. Wangian iridescent La Panthère dengan nota amber dan melati menambah nuansa pada aspek-aspek Eau de Parfum jadikannya irresistible. Jika anda seorang true cool girl, wangian ini mesti ada dalam tas tangan anda.

Aesop: Vivere Eau De Parfum

Tiada wangian yang lebih estetik daripada wangian terbaru daripada Aesop ini. Diadun bersama rakan kerjasama lama, Barnabé Fillion, wangian baru ini membangkitkan pagi-pagi yang berharga di Mediterranean dan pengalaman tenang berada di bawah pokok ara, berbasikal melalui laluan yang penuh dengan aroma. Lantas terciptanya idea wangian Vivere, yang juga merupakan tambahan yang kesebelas dalam koleksi wangian Aesop. Haruman ini menggabungkan spektrum nota untuk mendedahkan karakter pelbagai aspek tumbuhan ara, dari kekayuan yang kaya hingga kehijauan yang subur dan sitrus yang disinari matahari. ELLE approves!

Ôrebella, Window2soul Parfum

Pada pendapat ELLE, tiada model lebih cool daripada Bella Hadid. Dan debut terbarunya sebagai seorang perfumery, terbukti mampu meletakkan wangiannya setanding dengan jenama-jenama wangian yang sudah established.

Setiap satu wangian 'Ôrəbella mesra kulit dan bebas alkohol, serta dielevasikan dengan minyak pati untuk penyerapan lebih mudah dan adunan wangian ini juga tahan lebih lama. Ôrəbella juga diuji oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. So-much-yes!

Wangian Ôrebella daripada rangkaian Window2soul Parfum terbahagi kepada tiga jenis iaitu Blooming Fire, Salted Muse dan Night Cap.

Tom Ford Tobacco Vanille Eau de Parfum

Kebanyakan wangian yang bernotakan vanilla akan terjurus untuk menjadi overpowering, tapi haruman fan-favorite Tom Ford ini mempunyai nota daun tembakau dan halia, jadikannya haruman lebih hangat dan sensual. Ianya perfume yang sempurna untuk malam-malam romantis bersama pasangan anda.

Maison Margiela Replica Autumn Vibes Eau de Toilette

'Autumn Vibes' ialah nama yang paling tepat untuk wangian ini. Wangian airy gabungan nota kekayu dan dengan buah pelaga membawa anda ke kenangan musim luruh yang menenangkan. Perfume Maison Margiela ini sempurna dipakai sebagai wangian signature harian anda.

Topics: , , ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down