Langgan

'Petal' Kematangan Bermuzik Ariana Grande

No more heavy riff & runs, Ariana dewasa dalam bermuzik.
2 minit untuk membaca
Published: August 8, 2026

Lapan album setelah kemunculan perdana pada tahun 2023 dengan single 'Right There' dan 'Baby I' yang memanjat carta lagu popular tahun tersebut membawa Ariana Grande ke sebuah persada komersial yang cukup diraikan lagu-lagunya. Perjalanannya beriring restu pendengar muzik Pop global dengan barisan hits yang membentuk identiti, imej serta kebereadaannya.

Terakhir muncul dengan album 'Eternal Sunshine' pada tahun 2024, bakat Pop ini melanjutkan sebuah visi dalam pemasaran muziknya dengan lebih bersahaja. Lepas daripada fasa pembuktian itu dan ini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang Pop, Ariana hari ini lebih sederhana dan pasti melewati kembara bermuziknya.

'Petal' menjadi pertaruhan terbaru bakat ini datang dengan sebuah kematangan. Dan kematangan ini ditafsir sempurna dalam 12 lagu yang melatari. Kali ini lebih istimewa Ariana menggarap sendiri keseluruhan album bersama Ilya Salmanzadeh dengan kehadiran produser senior Max Martin sebagai penerbit bersama.

'Petal' membuka era baru Pop Ariana lewat sebuah persembahan muzik yang diluar kebiasaan. 'hate that i made you love me' hadir dalam persembahan minor key berbanding kebanyak Power Pop Ariana sebelum ini seperti 'Dangerous Women', 'One Last Time' atau 7 Rings'. Single yang memperkenalkan album ini lebih sederhana dan secara peribadi saya sukakan kesederhanaan itu.

Meneruskan perjalanan album ini sebagai pengenalan baru Ariana, 'Petal' sebuah single yang meomentumnya melejit baik. Graf pada komposisi melodi dan kemasan muzik lewat lagu ini cukup baik. Killer utama tentu saja pada korusnya yang menjerat pendengaran. Bait "It's such a fucked situation // Petal in the pavement // Just as long as she keeps getting it right // Heartbreak won’t bite here in paradise." membuatkan lagu ini terhasil sebagai brand new Pop Ariana yang menyenangkan.

Beberapa trak lainyang cukup kuat mentafsir Ariana yang baru ini ada pada lagu-lagu seperti "bad thing (bunny hoop" yang menggugah ilhan Synth Pop dalam pesona R&B. Juga lagu-lagu seperti "big feeling" dan "like i do" yang kuat jiwa Ariana yang biasa kita dengar sebelum ini nemun dengan ilhamkreatif kini yang menjerat.

"Petal" saya ibaratkan sebagai sebuah transisi matang Ariana dalam menyusun struktur muziknya yang lebih calm, breezy and soft berbanding apa yang biasa dia lakukan lewat tujuh album sebelum ini. All those smooth riff pada gitar elektrik dan synth menjadi pertaruhan baik menjadi album ini sounded solid. Ariana memilih arus yang lebih deep tanpa perlu lagi riff and runs yang melangkaui kehendak penciptaan melodi. Would this be her first album to recieve Grammys best album? Yes.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down