Langgan

Kiasan 'Easter Eggs' Taylor Swift tentang 'The Life of a Showgirl'

From a Swiftie, for a Swiftie.
2 minit untuk membaca
Published: August 18, 2025

Menjadi seorang Swiftie boleh diibaratkan sebagai kerja sepenuh masa. Terlalu banyak easter eggs untuk diteliti, ditambah pula dengan album baharu yang hampir setiap tahun dilancarkan. Terbaharu, Taylor Swift mengumumkan album terbarunya berjudul The Life of a Showgirl, sekali gus membuatkan setiap Swiftie bagaikan detektif yang harus menguraikan teka-teki!

Namun, di situlah letaknya keseronokan. Rahsia kecil yang menjadi daya penarik. Bagi ELLE yang telah menjadi peminat Taylor Swift sejak usia 11 tahun dan kini berumur 23, setiap easter egg dan rujukan tersirat bukan lagi sesuatu yang asing.

Ingin tahu apakah rahsia di sebalik album The Life of a Showgirl? Mari kita bongkar bersama!

1. Video Muzik Anti-Hero

Ia betul-betul di hadapan semua. Lagu Anti-Hero mengisahkan tentang 'sisi gelap' menjadi seorang selebriti. Taylor berkonflik antara dua personalitinya— seorang yang sering berasa insecure, dan seorang yang sentiasa melakukan apa sahaja, tidak berkira baik atau buruk. Di dalam video muziknya, Taylor yang "lebih besar" memakai seluar bergemerlapan berjalur oren-hijau. Teka sahaja albumnya yang mana bertemakan oren dan hijau? Betul. Ia adalah album barunya, The Life Of A Showgirl.

2. Video Muzik Karma

Di dalam video muzik berjudul Karma, berkolaborasi bersama penyanyi rap Ice Spice. Taylor memegang tali bewarna biru yang merujuk kepada album Midnights, sementara Ice Spice memegang tali bewarna oren yang memberi rujukan kepada album The Life Of A Showgirl.

3. Video Muzik Fortnight

Suatu perkara yang sukar diterima adalah, era The Tortured Poets Department tidak sepatutnya terjadi. Namun semua yang berlaku ada hikmahnya, bukan? Di dalam video muzik Fortnight, Taylor sekali lagi memberi tanda biru-oren. Ia dapat dilihat dalam adegannya bersama selebriti tampilan, Post Malone.

4. See You Next Era...

Ungkapan "Jumpa di era seterusnya" atau "See you next era..." termaktub didalam buku Eras Tour yang diterbitkan November lalu. Pada muka surat pertama buku itu, Taylor mengenakan bodysuit berwarna oren di dalam era Lover. Buku itu juga menuliskan warna mikrofon "Wood", yang merupakan salah satu nama lagu pada album baru.

5. Surat oleh Taylor

Bagaimanakah seorang peminat Taylor ingin memberitahu orang ramai, bahawa timbunan surat didalam laman sesawangnya bukanlah sekadar dekorasi? Memang akan kedengaran benar-benar... gila. Kilauan latar suratnya juga sepadan dengan latar podcast New Heights. Ia merupakan salah satu cara peminatnya meneka tetamu istimewa podcast tersebut adalah Taylor.

Sebagai konkusi, ingin ELLE kongsikan satu frasa penuh bijaksana tentang easter eggs ini: "If you know you know, you know? Then you know" - Taylor Swift, bintang pop global.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down