Setiap spotlight kian mengunjur kepada Taylor Swift dan kini tunangnya, Travis Kelce! Kedua lovebirds itu berkongsi bab baru bagi kisah percintaan mereka melalui platform Instagram pada jam 12 malam tadi.
Dalam masa 13 jam, siaran tersebut sudahpun menerima 26 juta likes dan 9.3 juta perkongsian. Kapsyennya juga mengandungi jenaka, "Your English teacher and your gym teacher are getting married 🧨". Emoji bom merujuk kepada Taylor dan Travis = TNT. Juga terpaut di posting tersebut adalah lagu So High School, iaitu lagu daripada albumnya baru-baru ini, The Tortured Poets Department. Lagu itu ditulis khas buat teman lelakinya yang juga seiring dengan lirik lagunya, "Are you gonna marry, kiss, or kill me? It's just a game, but really, I'm betting on all three for us two".

Kisah Pertunangan
Cincin pertunangan Taylor ditempah dan direka khas, berinspirasikan corak vintaj dan dihiasi dengan berlian berbatu lapan karat yang bernilai $550,000. Ed Kelce, iaitu ayah Travis Kelce dan bakal bapa mertua Taylor Swift, turut memberikan perincian tentang hari istimewa tersebut. Menurutnya, perancangan romantis Travis untuk melamar Taylor bermula Julai lalu. Dia ingin melamar ketika tarikh ulang tahun first date mereka, iaitu pada bulan September. Namun kedua-dua bapa mereka, Ed Kelce dan Scott Swift menggesanya untuk mengawalkan tarikh. Travis juga pop up the big question dan got down on one knee pada hari yang sama mereka merekodkan podcast di New Heights.

Permulaan Hubungan
Kisah percintaan mereka berpangkal pada bulan September 2023, apabila Travis Kelce menghadiri pertunjukan The Eras Tour di Kansas City. Travis Kelce mengukir dan membawa seutas friendship bracelet yang mengandungi nombor telefonnya untuk diberikan kepada Taylor Swift, namun percubaan pertamanya gagal. Setelah itu, Taylor mengumumkan perasaannya di sebuah interviu bersama TIME's Person Of The Year. “Ini semua bermula apabila Travis menarik perhatian saya pada podcastnya, yang saya anggap amat metal. Kami mula keluar bersama sejurus selepas itu." Fast forward kepada dua tahun yang berikutnya, ternyata benar bahawa this happens once every few lifetimes.
Senarai Playlist
ELLE telah mencipta sebuah playlist yang mengandungi 13 lagu *wink wink— lucky number* daripada katalog muzik Taylor bagi sesiapa yang ingin turut serta meraikan pasangan ini!
- So High School
- The Alchemy
- Mary's Song (Oh My My My)
- Love Story
- You Are In Love
- King Of My Heart
- Everything Has Changed
- How You Get The Girl
- Begin Again
- Call It What You Want
- Stay Stay Stay
- Lover
- Blank Space

