
Gagasan kreatif tempatan tidak pernah lekang dengan bakat-bakat muda yang datang berganti. Biar sudah berganti generasi, idea bertumbuh seiring peredaran zaman, pengaruh budaya berbeza dan kefahaman seni membentuk satu pemikiran baru.
ELLE Creative Council menjadi medan untuk sidang editorial ELLE meraikan tenaga baru dunia kreatif yang cukup berwarna. Tahun lalu kami sudah menyatukan Arif Ed Osman, Sofia Haron, Uzair Shoid, Raja Irfan, Pamela Tan dan Tyra Kamaruzzaman sebagai pelapis cabang seni.
Tahun ini lebih beragam - meliputi segenap aspek seni sama ada seni halu, seni grafik, penulisan sehingga penerbitan visual dan seni persembahan. Maka dengan itu kami kumpulkan Adlyn Sofea bakat muda dalam bidang ilustrasi digital bersama Nadhir Nor yang memberi nafas segar dunia komik dengan pendekatan radikal.
Dalam dunia seni hiburan yang melibatkan bakat seni muzik - Nadiah Ramli menjadi nama yang cukup dominan di belakang bakat muzik seperti DOLLA dan Insomniacks. Manakala kehadiran Jasmine Wong yang cukup besar skala visualnya menjadikan dunia penerbitan muzik video semakin bercita rasa tinggi. Charissa Ong dengan misi membawa kembali budaya membaca sebagai gaya hidup penuh inspirasi.
Warisan dijaga dan diberi evolusi oleh Dayang Nur Syafiqah menerusi penciptaan anting-anting yang menggunakan motif batik cukup menawan menerusi jenama Oh Dayang. Dunia penciptaan seni reka letak di tangan Daniel Hazeq bersama pasukan Design Bloc. Studio semakin bercita rasa tinggi. Kesemuanya kami rangkumkan dalam ELLE edisi Novemeber 2025.
