Langgan

ELLE Creative Council - Nadiah Ramli

Menerajui bidang showbiz ke standard yang lebih baik.
2 minit untuk membaca
Published: November 13, 2025
Nadiah Ramli menyarung persalinan Lillanz dan Shals.

Bidang showbiz yang diterajuinya hari ini membenarkan dirinya untuk bergerak bebas dalam radar kreatif. Percaya pada proses, Nadiah Ramli membentuk satu landskap baru dunia hiburan tempatan ke tahap yang lebih baik. 

Siapa anda? Saya seorang Pengurus Artis yang memainkan peranan dalam membawakan visi yang ada pada setiap artis menjadi satu lapangan karier. Saya juga harus memastikan persekitaran kerja yang sihat juga selamat bagi setiap artis itu bertumbuh seiring dengan visi mereka.

Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil? Saya tidak pernah membayangkan untuk bergelar Pengurus Artis sebab saya membesar dengan kecenderungan dalam bidang kreatif lain visual terutamanya.

Personaliti? Saya seorang yang ekspresif dan berpegang pada prinsip. Namun masih terbuka untuk mendengar dan menerima idea baru.

“Saya melihat pada kekuatan sesesorang artis sama ada identiti atau tujuan sesuatu projek. Apa yang penting adalah menemukan keseimbangan dalam setiap hal kecil yang mereka miliki.”

Nadiah bersama Charissa Ong

Hal menarik tentang kerjaya anda? There are so many moving parts in entertainment dan hal ini yang begitu mengujakan tentang bidang showbiz. Saya percaya muzik adalah satu industri yang paling dekat dengan individu. Jadi banyak hal yang subjektif kerana semua orang ada perspektif berbeza. Hal ini membawa banyak kemungkinan yang boleh diteroka dan pada masa yang sama membuka satu ruang baru.

Inspirasi? Momen. Saya sentiasa terinspirasi dengan persekitaran dan emosi dalam satu-satu momen. Ia bagai satu arkib memori yang rujuk kembali setiap kali mahu mendapatkan inspirasi baru.

Obsesi terkini? Groups in music. My algorithm is filled with this recently. Saya suka melihat konsep dan bagaimana projek kolaborasi ini dipersembahkan menjadi satu idea yang berkualiti. 

Proses kreatif? Ia akan bermula dengan melihat visi satu-satu projek dan apa yang boleh dipersembahkan pada audiens. Setiap projek itu adalah satu kelangsungan panjang artis yang saya uruskan dan ia harus memberi impak pada mereka.

Life mantra Less noise, more presence.

Current state of mind? Mixed of nerves, confidence and excitement. Saya juga percaya pada proses.


Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd 
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha 
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down