
Pelapis baru dunia seni yang semakin mencuri perhatian ini sering tampil dalam idea kontemporari yang menyatukan cerita warisan, hikayat dan identiti. Nadhir Nor menyatukan hal-hal ini dalam karya-karyanya.
Siapa anda? Saya seorang pelukis komik dan ilustrasi. Fokus pada penghasilan seni berteraskan mitologi dan fantasi. Jika perlu berkolaborasi bersama klien fokus akan berbalik pada naratif yang mereka mahukan.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil? Boleh juga dikatakan begitu. Saya membesar dengan membaca komik Gempakstarz dan pernah ada keinginan membuat komik sendiri. Sekarang saya dalam proses menyiapkannya, komik berjudul Bulan dan Si Putera.
Personaliti? Saya seorang yang nostalgik, beriya dalam erti kata bersungguh dalam mengusahakan sesuatu dan pencinta kopi.
“Apa yang membuat sesebuah seni itu sangat menarik adalah kerana harmoni yang dicipta. Dunia baru akan wujud dalam satu kisah yang diatur secara menyeluruh.”

Hal menarik tentang kerjaya anda? Setiap kali berkarya saya kira ia adalah ruang untuk saya melihat balik latar belakang diri sendiri sebagai artis nusantara. Ia bukan sahaja tentang idea tetapi berbalik pada roots dan pencarian diri.
Inspirasi? Pemuzik dan cara mereka menyampaikan cerita serta konsep. Setiap era sesuatu artis ada cerita berbeza untuk ditelusuri terutama dalam lirik yang ditulis.
Obsesi terkini? Tenxi x Jemsii’s Puting Beliung dan Underscores’ Wallsocket (Director’s Cut).
Proses kreatif? Saya akan mendalami subjek dahulu kemudian daripada situ saya akan hubungkan ia dengan pengalaman sendiri dan menciptakan sesuatu yang lebih fokus.
Life mantra Kadang-kadang, kita kena mulakan dahulu baru inspirasi akan menyusul.
Current state of mind? Sentiasa beri ruang untuk diri lalui apa yang menghadangi dan daripada situ kita tahu kita sebenarnya lebih kuat daripada apa yang kita tahu.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD
