Gemblengan estetika yang menuntaskan kesenian di balik rekaan. Lambang status yang mengikat hati tulus, simbol kekuatan wanita dan perpanjangan suatu kenyataan darjah kepersisan ciptaan. Penyempurna gaya ‘mesti milik’ untuk tahun 2026.
Untuk membuka tahun baharu ini, ELLE Malaysia menampilkan rangkaian beg tangan daripada pelbagai jenama... yang mana satu menjadi pilihan? Citra klasik atau siluet besar untuk kemudahan harian?

TELITI & LEMBUT
Architectural lines meet fluid leather. Siluet Louis Vuitton ini menggugah rasa ‘intentional’, namun ada cerminan bersahaja tanpa ada rasa ‘konformis’. Keanggunan moden ditafsirkan menerusi bentuk, keseimbangan gaya dan butiran.
Louis Vuitton Express PM

WARISAN IKONIK
Siluet structured dinyatakan secara eksplisit oleh bentuk curve yang sungguh ikonik. Bentuknya umpama ‘melisankan’ kod-kod arkib Gucci dan jalinan sentuh yang bersifat kontra. Kemasan monogram begitu sempurna, menerbitkan dialog antara tradisi dan kemodenan.
Gucci Jackie 1961

HOLD GENTLY
Siluet hobo kontemproari yang umpama mentafsirkan motion. Bentuk yang memimik bulan sabit ini serasa organik dan terbentuk oleh kenalurian kala digayakan. Butiran minimal membenarkan tekstur, proportion dan nilai krafnya menyerlah.
Longchamp Le Roseau

PURE FORM
Bentuk yang menggarisbawahi citra clean dan keseimbangan, beg Delvaux mesti milik ini menyingkir rasa keterlaluan. Ekspresi yang menggambarkan komitmen kehalusan sofistikasi.
Delvaux Brilliant Tempo

GEOMETRI JELAS
Timeless craftsmanship. Rekaan Ferragamo yang menjangkaui trend, siluetnya berbicara menerusi proportion serta butiran. Kemewahan pula diekspresikan oleh disiplin rekaan, bukan hanya pada dekorasi.
Ferragamo Hug

EVERYDAY FORM
Kepuasan dicapai oleh keluasan. Berbentuk fluid, sifatnya yang acuh tak acuh berbancuh dengan citra kefungsian. Kemasan butiran signature, material dan kepraktisan membicarakan rasa mewah moden dengan semangat penggayaan harian.
Fendi Way
Penataan gaya: Ardi Idewani | Pembantu penataan gaya: Athirah Zahra | Fotografi: Azim Mahayuddin / AM Studio

