Langgan

La Beauté  Louis Vuitton Kini Berada di Malaysia

Lebih daripada sekadar kecantikan, La Beauté Louis Vuitton mendefinisikan solekan sebagai gaya hidup, sebuah pengalaman juga satu bentuk seni mewah penuh makna.
3 minit untuk membaca
Published: August 29, 2025

Pelantikan jurusolek lagenda, Dame Pat McGrath, DBE, sebagai Pengarah Kreatif Kosmetik buat La Beauté Louis Vuitton memperkukuhkan lagi naratif ini. Peminat kecantikan di seluruh dunia turut tidak sabar menantikan pelancaran yang sudah digembar-gemburkan semenjak awal tahun ini.

Dengan pengaruh dan sentuhan inovatif Pat McGrath, sedunia yakin malah dipelawa untuk merasai semesta kecantikan baharu yang dirangka melalui emosi, kemewahan serta kualiti dan daya cipta tanpa batas. 

Telah dilancarkan pada 20 Ogos 2025 yang lalu, bermula di China kemudian diikuti pula dengan pra-pelancaran digital global pada 25 Ogos. Koleksi sulung ini mempersembahkan koleksi gincu, salap bibir berwarna serta pembayang mata. Setiap kehalusan produk kecantikan di bawah jenama ini diberi sentuhan magis Pat McGrath melalui kepakarannya selama tiga dekad dalam dunia seni solekan.

“Solekan adalah budaya. Ia adalah kuasa. Ia adalah kehadiran. Dan ia sangat peribadi. Kemewahan dalam solekan adalah tentang prestasi, ketukangan dan sensorial. Ia tentang tekstur yang terasa indah, warna yang memikat dan formula yang berfungsi dengan sempurna. Kemewahan sebenar hadir apabila setiap butiran dipertimbangkan, daripada cara pigmen melebur pada kulit sehinggalah bagaimana sebatang gincu berada di tangan anda. Ia adalah perpaduan seni dan teknologi, warisan juga inovasi.”
Dame Pat McGrath, Pengarah Kreatif Kosmetik, La Beauté Louis Vuitton

Keindahan Warisan Louis Vuitton

Sejak penubuhannya pada tahun 1854, Louis Vuitton sentiasa menyulam keindahan dalam setiap karyanya. Trunk awal maison bukan sahaja direka untuk ketahanan, tetapi juga buat keanggunan, lengkap dengan ruang berlapik khas bagi melindungi botol pewangi halus ketika pengembaraan jauh.

Menjelang era 1920-an, kecantikan mula menemui tempat yang lebih eksklusif dalam semesta Louis Vuitton. Melalui vanity case serta objets de beauté seperti berus rambut daripada cengkerang penyu, cermin gading berukir, bekas bedak padat serta botol kaca pewangi yang direka untuk mengembara dengan penuh bergaya.

Dua contoh luar biasa yang masih disimpan dalam arkib Louis Vuitton hingga hari ini adalah arkib bertarikh 1925, Le Milano, sebuah vanity tempahan khas buat penyanyi soprano Marthe Chenal serta sebuah kotak toiletry istimewa buat komposer Poland, Jan Paderewski.

Berinspirasikan arkib inilah, Pat McGrath mengolah semula kecantikan abadi untuk dunia moden. Hasilnya ialah sebuah alam kecantikan di mana kisah legenda bertemu inovasi sensorial yang luar biasa.

La Beauté  Louis Vuitton

Di teras La Beauté Louis Vuitton terletaknya 55 rona gincu. Ia sebuah penghormatan halus dan bijaksana kepada angka Roman yang melambangkan LV. Setiap rona dipilih dan diolah sendiri oleh Pat McGrath. Koleksi ini menawarkan dua kemasan mewah iaitu satin berkrim dan pusam baldu.

Dalam setiap pembuatan gincu ini hadirnya formulasi luar biasa yang diolah dengan lilin terpilih hasil kitar semula dariipada bunga ros, jasmin dan mimosa. Diperkaya dengan mentega shea dan asid hialuronik. Hasilnya bibir menjadi selesa berpanjangan dan rona gincu tahan hingga 12 jam dan terhidrat selama 24 jam.  

Manakala koleksi La Beauté Louis Vuitton Baume hadir sebagai pelengkap yang lembut dan bercahaya kepada sesebuah gincu. Dikurasikan dengan 10 rona sheer glow yang direka untuk menyuburkan, menyerlahkan serta menjadikan bibir semakin segar dari masa ke masa.

Dengan kemasan ringan yang boleh dilapis dan tekstur salap yang sensorial, rona-rona ini menawarkan sentuhan mewah yang effortless sempurna untuk penggayaan harian.

Diperkaya dengan mentega shea, asid hiarulonik, ekstrak beri lima rasa dan lilin mimosa yang dikitar semula dari Grasse, salap ini menjanjikan 48 jam hidrasi, serta 24 jam keselesaan, nutrisi  dan melembutkan. 

La Beauté  Louis Vuitton

Koleksi LV Ombres pula memperkenalkan lapan palet harmoni kurasi yang penuh visi. Setiap daripanya mengandungi empat warna yang glamor dan versatil. Koleksi ini meneroka enam kemasan berbeza, daripada ultra-matte hingga kilauan glitters, memberi ruang transformasi pada setiap pandangan daripada soft-sculpting hingga dramatik sinematik, gaya signature Pat McGrath.

Berbicara tentang intipatinya pula, palet mata ini dicipta dengan Light-Up Technology memastikan kemilau kemasan mutiara, metalik disalut get lutsinar untuk pantulan cahaya maksimum. Selain itu, adanya inti seperti squalane yang berasaskan tumbuhan berfungsi memberi rasa selesa pada mata. Ekstrak minyak bunga camelina turut melembutkan tekstur buat sapuan menjadi lebih rata. 

Haruman Bertemu Pigmen Kecantikan

Buat pertama kalinya, dunia haruman melangkah masuk ke dalam alam kecantikan.
Melalui kolaborasi silang Pat McGrath dan Jacques Cavallier Belletrud, Pakar Haruman Louis Vuitton, gincu-gincu ini direka dengan aroma olfaktori eksklusif yang unik hanya buat koleksi ini.

Terinspirasi daripada ramuan yang diolah Belletrud di Les Fontaines Parfumées, atelier haruman Louis Vuitton di Grasse, gincu hadir dengan campuran mimosa, jasmin dan ros, manakala salap bibir memancarkan aroma segar pudina dan raspberi.

“Tidak seperti minyak wangi tradisional yang dibina dengan asas alkohol, formula ini perlu berfungsi dalam lilin dan minyak. Secara teknikal, ia jauh lebih kompleks. Namun dengan ramuan semula jadi berkualiti tertinggi, kami berjaya menghasilkan aroma yang lembut, berpanjangan, dan mengangkat seluruh ritual pemakaian. Kami mengambil masa empat tahun untuk menyempurnakannya — dan ia adalah sesuatu yang sangat saya banggakan.” Jacques Cavallier Belletrud, Pakar Haruman Louis Vuitton

La Beauté Louis Vuitton akan mula didapati secara online bermula 25 Ogos 2025 juga dapatkan secara eksklusif di butik Louis Vuitton The Exchange TRX bermula 29 Ogos 2025 ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down