Langgan

Meniti 80 Tahun Bersama ELLE

Sambutan 80 tahun yang meraikan fesyen, gaya hidup dan wanita.
2 minit untuk membaca
Published: August 2, 2025

Lapan dasawarsa sudah berlalu. Sejak tahun 1945, ELLE membentuk industri fesyen, gaya hidup dan women empowerment. Bagi menyambut ulang tahun ke-80, mereka mementaskan koleksi cetak edisi terhad melalui busana-busana penuh makna. Corak percetakannya mencerminkan batu penanda bagi jenama ini iaitu grafik kolaj majalah yang disisipkan pada baju, kasut dan beg. Ia juga dapat dilihatkan pada bungkusan premium yang dihiasi oleh logo sambutan ke-80.

Venice Min & Wanna Ali
Venice Min & Wanna Ali

Jenama ELLE menjangkau lebih 250 juta orang pada setiap bulan melalui 50 majalah edisi antarabangsa, platform sosial, koleksi dan events eksklusif. Jenama ini membuktikan bahawa ia bukan sahaja menjadi peneraju utama bagi media, namun juga ikon fesyen global serta gaya hidup.

Meraikan Wanita

Wanna Ali
Wanna Ali

Selain daripada meraikan jenamanya, ELLE juga sentiasa mengingatkan semula tentang perjuangannya dalam mengetengahkan wanita. Cogan kata bagi sambutannya juga adalah 'ELLE Antarabangsa: Meraikan 80 Tahun Komitmen Terhadap Wanita'. Ia seiring dengan kata-kata Constance Benqué, CEO Antarabangsa ELLE: "Sejarah ELLE berkait rapat dengan wanita. Selama 80 tahun, kami telah mendampingi, memberi inspirasi dan membawa suara mereka. Ulang tahun ini bukan sekadar perayaan warisan, namun juga penegasan semula nilai-nilai penubuhan kami melalui tindakan 'konkrit' yang merangkumi komitmen kami. Inisiatif koleksi ini sekali lagi membuktikan bahawa fesyen dapat dijadikan platform yang memadukan seni dan perpaduan."

Venice Min
Venice Min

Sambutan 80 tahun ini juga menajadi lebih istimewa di mana 31 artis wanita dari seluruh dunia telah dijemput untuk mencipta karya unik mereka. Setiap artis bebas mengisahkan naratif yang ingin dibicarakan melalui seni sebagai bahasa tanpa kata. Ciptaan sumbangan artis-artis ini akan dikemukakan pada travelling exhibition menerusi Osaka, Bangkok, New York dan Paris. Ia kemudiannya disuguhkan di ibu negara Perancis selama seminggu, dari 7 hingga 14 November 202 di ARTCURIAL, hotel legenda Hôtel Marcel Dassault. Pameran ini seterusnya akan ditutup dengan auction, sebelum hasilnya seterusnya disalurkan kepada CARE untuk membiayai tindakan bantuan bagi wanita di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down