Langgan

'ELLE 80 Years' Raikan Femininiti, Kreativiti dan Pemerkasaan Wanita Menerusi Seni

Sempena ulang tahun ke-80, jenama media ELLE mempersembahkan pameran seni kontemporari yang menampilkan karya 31 artis wanita visionari dari seluruh dunia.
2 minit untuk membaca
Published: July 18, 2025
Pameran seni ELLE 80 Years di Artcurial Paris

Selama lapan dekad, ELLE menjadi pelopor dalam meraikan wanita yang memberi inspirasi dan berani memecah sempadan. Sempena ulang tahun bersejarah ini, ELLE International telah menghimpunkan 50 editor dari seluruh dunia untuk sebuah malam yang penuh seni, glamor dan kenangan yang tidak dapat dilupakan di kota Paris.

Bertempat di ruang seni ternama, Artcurial, acara istimewa ini mempersembahkan sebuah pameran seni kontemporari yang mengetengahkan karya 31 artis wanita visionari dari pelbagai negara. Setiap artis diundang untuk menafsir semula warisan ELLE menerusi perspektif peribadi mereka, lalu menghasilkan karya eksklusif yang diinspirasikan oleh tema: ‘80 Years of Femininity, Creativity, Freedom, and Positivity.’

Daripada kiri: Nina Garcia, Constance Benque dan Julian Daniel

Karya-karya yang dipamerkan menyampaikan naratif yang kuat tentang kekuatan, kepelbagaian dan keberanian feminin. Koleksi ini akan menjelajah ke seluruh dunia melalui siri pameran bergerak, dengan persinggahan di Osaka, Bangkok, New York, sebelum kembali ke Paris, di mana ia akan dilelong oleh Artcurial pada 14 November 2025. Keseluruhan hasil lelongan akan disalurkan kepada CARE, sebuah NGO antarabangsa terkemuka yang memperjuangkan hak wanita, pemerkasaan dan pendidikan di seluruh dunia.

Acara di Paris ini turut menyambut kehadiran 150 tetamu istimewa, termasuk editor ELLE, penerbit, tokoh budaya global, serta tetamu VIP dan penaung khas. Malam tersebut turut menjadi penghormatan kepada legasi majalah ini, serta mengukuhkan komitmennya dalam mengetengahkan suara wanita dalam bidang fesyen, media dan budaya.

Daripada kiri: Kenya Hunt dan Valéria Bessolo Llopiz

Berikut adalah antara karya yang dipamerkan:

Inès Mélia: ‘Freed From Desire’

Inès Mélia: ‘Freed From Desire’
Artis Perancis ini mencipta naratif yang lembut namun penuh kekuatan tentang pembebasan, sebuah ekspresi abstrak tentang melepaskan diri daripada jangkaan dan meraih intuisi feminin. Karya ini bersifat fizikal dan puitis.

ELLE 80 Years
Fuh-Mi: ‘Journey (2024)’

Fuh-Mi: ‘Journey (2024)’
Kaligrafer dan pelukis terkenal ini menggabungkan skrip tradisional Timur dengan abstrak kontemporari, menghasilkan komposisi berlapis yang sarat dengan simbolisme. Karya ini turut memuatkan tiga petikan Coco Chanel, ditulis secara menegak dalam gaya kaligrafi Jepun tradisional.

Chou Yi: ‘Every Day Is a Good Day’

Chou Yi: ‘Every Day Is a Good Day’
Berinspirasikan pengalaman membesar dalam masyarakat patriarki, seni Chou Yi mengangkat perjuangan wanita dengan kelembutan, penentangan halus dan kekuatan dalaman. Karya ini meraikan ketabahan, keunikan dan keindahan wanita daripada pelbagai latar, usia dan pengalaman.

ELLE 80 Years
Sacha Floch Poliakoff : ‘1946–1976–1996–2025’

Sacha Floch Poliakoff : ‘1946–1976–1996–2025’
Artis ini meneruskan siri karya berskala besar dalam gaya ikonik ligne claire, siluet hitam putih yang membangkitkan nostalgia dan unsur surreal. Untuk pesanan khas ELLE, Sacha mencipta triptik yang menampilkan tiga kulit majalah ELLE yang ikonik.

ELLE 80 Years
Shourouk Rhaiem: ‘Strass on ELLE Magazine’

Shourouk Rhaiem: ‘Strass on ELLE Magazine’
Sempena ulang tahun ke-80 ELLE, Shourouk menjadikan isu vintaj majalah ELLE daripadatahun 1970-an sebagai kanvas, dihiasi secara manual dengan ribuan kristal Swarovski. Terinspirasi daripada kenangan remajanya meminjam majalah ELLE milik ibunya, karya ini menjadi penghargaan berkilauan kepada media yang telah mengilhamkan generasi wanita.

Ketahui lebih lanjut di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down