Langgan

Sarat Konsepsi Dan Surrealism Daripada H&M x Glenn Martens

Himpunan H&M Glenn Martens tersedia di pasaran bermula 30 Oktober ini!
2 minit untuk membaca
Published: October 29, 2025

Dekonstruksi dan mengimaginasikan semula citra klasik teraku sebagai perlanjutan daripada keperibadian Glenn Martens. Pendayagunaan Glenn dalam menelusuri landasan kreativiti di laur jangkaan dan bersifat pemberontakan, dengan estetika ekspreimental mengukir namanya sebagai pereka fesyen terunggul untuk fesyen kontemporari. 

Menggalas tugas sebagai pengarah kreatif untuk jenama Y/Project dan Diesel, dia menggagas Langkah untuk mentafsir semula kedua-dua identity jenama tersebut. Glenn mendatangkan jaya buat jenama Y/Project dengan menjadikan ia sebuah jenama global, manakala untuk Diesel pula, Glenn memperbaharui gaya-gaya denim. Kemudiannya, kehebatan Glenn terbukti lagi pabila dia mengepalai Maison Margiela tahun ini, yang mempertaruhkan rekaan-rekaan ultra-moden dan moden. Glenn mencakup kesedaran pencinta-pencinta fesyen global tentang falsafahnya yang berani menentang batas konvensional. 

glenn Martens

Himpunan Yang Dinantikan! H&M x Glenn Martens

Tuah menyebelah kepada Glenn pabila dia dipilih sebagai rakan kolaborasi H&M tahun ini. H&M x Glenn Martens memperlihatkan keupayaan Glenn melangkaui sempadan, memanipulasi sifat klasik dan tidak gentar untuk membarui sesuatu aspek. Seperti rekaan-rekaan denim yang dimanipulasi, pakaian rajutan dekonstruksi, gaun-gaun sarat cetakan, outerwear berwayar, kot trenc yang diperbahrui, aksesori-aksesori dramatik, but setinggi paha dan beg yang boleh berubah bentuknya. Glenn membentuk rekaan-rekaan ini dengah suntikan warisan gaya Inggeris. 

Lantas, apa keinginan Glenn untuk himpunan kolaborasi ini? Jelasnya, “Saya mahu mengetengahkan konsep aristokrat Inggeris untuk koleksi ini berlandaskan arketaip, siluet dan fabrik.” Dalam himpunan ini juga tersedia sekali rangkaian tartan dan pakaian-pakaian rajutan yang sememangnya mencerminkan identiti Scotland – yang membayangkan latar tanah tinggi. 

glenn Martens
glenn Martens
glenn Martens

Material twid serta bulu turut menjadi ‘percaturan’, namun sifat-sifatnya digarap mengikut cita rasa konsepsi Glenn. Himpunan ini meyakinkan kita tentang daya inovasi Glenn yang berani mengesampingkan kelaziman, sebaliknya menambah keunikan pada struktur rekaan klasik. Contohnya, penambahan wayar pada rekaan-rekaan pakaian untuk tujuan pembentukan semula. 


“Saya melihat koleksi ini sebagai satu keluarga besar pakaian,” jelas Glenn, yang melihat setiap rekaannya mempunyai pelbagai tujuan dan titik permulaan yang berbeza. Setiap satu mempunyai personaliti distingtif – formal, tidak formal, lantang, tenang, menentang peraturan dan klasik. Dan boleh digayakan serta ditafsir dalam pelbagai cara. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down