Langgan

DEDUKSI 25 Untuk Tahun 2025 - Segala Apa Tentang Dunia Fesyen

Bahagian 2: DEDUKSI 25 UNTUK 2025. Menyambung senarai selebihnya untuk melengkapkan deduksi kami sepanjang 2025.
4 minit untuk membaca
Published: December 30, 2025

Apa yang menjadi butir bicara, topik hangat highlight, yang menerangkan rumusan dunia fesyen tahun ini? Kami menampilkan pula deduksi untuk tahun 2025 - 13 lagi momen ikonik dalam dunia fesyen.

Tahun 2025 menyenandungkan keunikan. Buana stail dan fesyen dilandasi budaya baharu, kejutan dan kebanggaan! Sebelum ia ‘bersimpan’ menjadi kisah semalam, kami rungkai semula 25 analisa ringkas yang berlaku sepanjang tahun 2025.

13. Ratu Goth Kini 

Wajah kegemaran baru di karpet merah, Jenna Ortega menegaskan kedudukannya sebagai ratu gothic terkini. Pelakon siri ‘Wednesday’ ini mengubah permainan apabila tampil dalam gaun Ashi Studio – kulit ular dengan hujung peplum terbakar dalam rona nude. Penampilan ini bukan sahaja tular di media sosial, malah berjaya mengangkat gaya gothic ke tahap yang lebih ethereal dan moden, tidak semestinya serba hitam. Tidak lupa juga kepada penampilannya di Met Gala dengan gaun pembaris besi, busana berhias Givenchy di Emmy Awards and the list goes on

14. Filem Pendek ‘The Tiger’ 

Gucci meraikan debut Demna dengan filem pendek ‘The Tiger’ – sebuah penceritaan yang menghidupkan watak-watak statik daripada koleksi ‘La Famiglia’ ke dalam dunia sinematik. Tayangan perdana berlangsung di Palazzo Mezzanotte pada pembukaan Minggu Fesyen Milan, sekali gus menjadi pengganti kepada pertunjukan fesyen tradisional dengan pengalaman unik. Barisan pelakon termasuk Demi Moore, Edward Norton, Elliot Page, Keke Palmer dan Kendall Jenner.

15. Kempen AI 

Valentino meneroka teknologi dengan kempen kolaborasi Vans yang dihasilkan menggunakan AI. Visual surealis menampilkan siluet Vans dalam pergerakan fluid, memadukan adi busana dan streetwear, sambil menekankan inovasi dan gaya hibrid yang segar.

16. Fiziwoo Debut di Jakarta

Fiziwoo Artisanal menghangatkan pentas Indonesia International Modest Fashion Festival (IN2MF) di Jakarta dengan koleksi adi busana ‘Crowned in Thread’. Deretan kali ini turut memperkenalkan tiga busana baharu yang mengangkat penggunaan batik buatan tangan dari Asia Tenggara. Menurut pereka fesyen Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz, modesty bukanlah satu kekangan tetapi keanggunan yang dizahirkan melalui siluet.

17.  Baby Number Three!

Daripada penampilan bergaya di Harlem ke momen ikonik semasa persembahan tamat separuh masa di Super Bowl, Rihanna sentiasa memilih untuk memperlihatkan baby bump dengan cara mengejut. Tahun ini, Met Gala 2025 dipilih sebagai pentas untuk mengesahkan kehamilan ketiganya. Mengikut kod pakaian ‘Superfine: Tailoring Black Style’, bintang global ini menggayakan gaun Marc Jacobs yang berinspirasikan tuksedo.

18. Bootcut & Record of the Year 

Selepas persembahan Kendrick Lamar di Super Bowl Halftime Show, di mana dia menggayakan sepasang denim bootcut light-wash daripada Celine, carian untuk potongan denim bootcut ini terus melonjak naik. Masih segar dalam ingatan, video ikutan tarian ‘Not Like Us’ dengan gaya seluar bootcut ini turut dihasilkan oleh peminat di TikTok. Salah satu momen fesyen ikonik!

19. Model of the Year: Anok Yai

Model berdarah Sudan-Amerika, Anok Yai dinamakan sebagai penerima Model of the Year bagi Fashion Awards 2025. Sepanjang minggu fesyen koleksi musim bunga/panas 2026, Anok dipilih jenama ternama seperti Ferragamo, Ralph Lauren, Fendi, Saint Laurent, Mugler, Bottega Veneta, serta debut penting Chanel oleh Matthieu Blazy bagi menghidupkan setiap rekaan jenama-jenama ini dengan gaya jalannya.

20. The Hottest Brand in Town

Saint Laurent kini dinobatkan the hottest brand, menduduki tangga teratas Lyst Index Q3 2025, menewaskan Miu Miu dan Loewe buat pertama kali. Di bawah Anthony Vaccarello, koleksi 2025 menonjolkan sharp tailoring dalam estetika sensual: siluet langsing, bahu berstruktur, serta fabrik dramatik seperti kulit licin, satin, renda dan sheer. Selain itu, Le Loafer, but & mikro beg YSL terus menjadi rebutan global, mengukuhkan dominasi Saint Laurent di pentas fesyen dunia.

21. Era Baharu Dior

Pereka dari Ireland Utara, Jonathan Anderson diumumkan sebagai pengarah kreatif pertama yang mengendalikan Dior Women & Dior Homme sejak zaman Christian Dior – menegaskan kedudukannya sebagai pereka paling berpengaruh kini. Debutnya menampilkan Dior Homme pada bulan Jun serta koleksi Dior wanita musim bunga 2026 pada bulan Oktober dengan siluet dramatik dan sentuhan moden yang segar.

22. Variante Memperjuang Kanser Payudara 

Sejak tahun 2013, Variante terus menerus menyokong Pink Unity, sebuah persatuan di bawah National Cancer Society Malaysia. Bukan sekadar menyalurkan hasil jualan sepanjang bulan Oktober kepada kumpulan sokongan penghidap kanser payudara, Variante turut menganjurkan pesta kopi rave dengan tema ‘Fashion Fights Cancer’ di Lisette’s Café & Bakery – inisiatif bermakna yang menyuntik harapan, kekuatan dan keyakinan kepada para pejuang kanser.

23. Skirt Pensel Kembali!

Era kembali ke pejabat kembali, sekaligus membawa trend skirt pensel sebagai salah satu ikon gaya korporat. Sama ada paras lutut atau midi, pereka fesyen menampilkan pelbagai rekaan skirt pensel di pentas musim luruh/dingin 2025 - Saint Laurent dengan pilihan rona menyerlah,  Prada pula menampilkan sentuhan distressed berinspirasikan pijama, manakala Gucci memperagakan fabrik satin dengan renda pada hem.

24. Kerjasama Negara Serantau

Selepas menandatangani kerjasama strategik bersama Modinity Group dari Indonesia, Rizman Ruzaini terus mengorak langkah dengan pembukaan tiga butik flagship baharu di Shangri‑La, Pavilion KL dan Suria KLCC. Dengan kepakaran dan visi Modinity, jenama ikonik Malaysia ini bersedia meluaskan empayarnya ke pentas fesyen global, menandakan era baharu selepas 20 tahun dalam industri.

25. Polka Dot Fever

Corak klasik polka dot kembali mewarnai setiap video GRWM bagi semua It girl di media sosial. Trend ini menular bukan sahaja di peringkat global, malah juga di Malaysia – ia mungkin satu penyakit, cuma bukanlah chicken pox. Dengan dunia fesyen kini bergerak daripada quiet luxury ke era maximalism, corak ini dijangka akan terus menjadi obsesi wanita.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down