Langgan

DEDUKSI 25 Untuk Tahun 2025 - Segala Apa Tentang Dunia Fesyen

Bahagian 1: DEDUKSI 25 UNTUK 2025. Kami rungkai dahulu top 12!
3 minit untuk membaca
Published: December 26, 2025
deduksi

Apa yang menjadi butir bicara, topik hangat highlight, yang menerangkan rumusan dunia fesyen tahun ini? Kami menampilkan pula deduksi untuk tahun 2025 - merungkaikan 12 yang terbaik dahulu.

Tahun 2025 menyenandungkan keunikan. Buana stail dan fesyen dilandasi budaya baharu, kejutan dan kebanggaan! Sebelum ia ‘bersimpan’ menjadi kisah semalam, kami rungkai semula 25 analisa ringkas yang berlaku sepanjang tahun 2025.

  1. Era Alex Consani & Kai Schreiber
deduksi

Mereka membangunkan reputasi. Menuntut diversifikasi, lantas mendatangkan jaya. Alex Consani dan Kai Schreiber adalah dua wajah model gen Z yang meronai penggung peragaan, malah menenggelamkan stigma. Ini adalah era mereka berdua.

 2. Matthieu Blazy Menafaskan Chanel

deduksi

Era baharu Chanel. Dunia fesyen memesrai kehadiran Matthieu Blazy yang menggalas tugas sebagai pengarah kreatif jenama Chanel. Tanpa perlu meranapkan estetika Chanel, Matthieu mendatangkan jaya dan pencinta-pencinta fesyen menaruh pujian ke atasnya. Himpunan musim bunga/panas 2026 Chanel daripada Matthieu Blazy mencetus kepositifan, semestinya tersenarai dalam Deduksi 25 untuk tahun 2025.

3. Funnel Neck, Hero Piece!

deduksi

Helaian yang tersenarai dalam wishlist 2025 – funnel neck jacket – dilabel sebagai item chic untuk wanita moden. Altuzarra, Gucci, Acne Studios, malah COS menampilkan funnel neck jacket sebagai helaian highlight. 

4. Bintang Fesyen : Eyka Farhana

deduksi

Buat julung kalinya, Eyka Farhana menambat mata hati, menjejak arena fesyen sebagai undangan minggu fesyen antarabangsa di Milan. Daripada Fendi ke Prada, sehinggalah ke Max Mara, Eyka menandai impak sebagai style icon Malaysia!

5. Pemergian Giorgio Armani

Di tangga awal bulan fesyen, warta pemergian Giorgio Armani (pada usia 91 tahun) menggagetkan dan memasyghulkan kita. Nyata, satu kehilangan besar. Seorang legenda yang meluhurkan semangat jati diri Itali, sinonim dengan kehebatan tailoring tak tertandingi dan memahami sifat elegan meninggalkan legasi yang sudah berumur lima dasawarsa.

6. The Young Rises!

Deduksi 25 untuk tahun 2025 menerokai Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun 2025 yang membobos batas kelaziman pabila pereka-pereka atau jenama-jenama muda menakluki pentas. Huntilanak, Ugly Pretty, Mokjy dan Raja Irfan antara yang memberi impak. 

7. ‘The Devil Wears Prada 2’ Kembali


Susulan ‘The Devil Wears Prada’ mencetus antisipasi. Sebaik sahaja diumumkan bakal keluar, tersebar gambar-gambar sesi penggambaran filem tersebut yang memperlihatkan sosok-sosok seperti Anne Hathaway, Meryl Streep, Emily Blunt dan Stanley Tucci. Keterujaan memuncak pabila kehadiran Meryl, Stanley dan Simone Ashley (the new Emily?) di pertunjukan Dolce & Gabbana musim bunga/panas 2026 di Milan.

8. Beg East-West Jadi Obsesi

Prada, Coach dan Polene antara yang menentukan beg ini sebagai ‘item mesti milik’.  Ada yang memaklumi beg ini adalah ‘sepupu’ kepada Baguette. Mungkin juga. Kerana bentuknya? Siluet panjang, dengan tali beg yang menyenangkan keupayaan pembawaan, tidak mengkomplekskan penggayaan dan rekaan timeless – beg tangan east-west adalah kegilaan tahun ini. 

9. Topshop Comeback


Lingkungan evolusi fesyen milenial diiktiraf kembali, akhirnya? Jenama Topshop membuat kemunculan semula tahun ini, setelah ia menutup operasi semua butik high street empat tahun lalu. Topshop mengadakan pertunjukan besar-besaran di Trafalgar Square pada bulan Ogos lalu – sebagai laungan comeback – dan memaparkan kita pada sudut baharu jenama tersebut. 

10. Penghargaan Buat Gadis Korporat 


Membesarkan kenikmatan bekerja dalam bidang korporat, menempuh masa 9 to 6, menghargai waktu jeda di pertengahan hari dan mendekatkan kita dengan suasana pulang kerja. Ya, kita berada dalam era ‘bersinggungan’ dengan trend corporate girl yang menuntaskan kehidupan sebenar dunia korporat. Lantas, fesyen wanita korporat yang berpangsikan sharp, minimalist dan clean jadi ikutan!

11. Katseye dan GAP


Perang denim yang tular tahun ini, sehingga menjulang tinggi nama Katseye di persada fesyen dan lapangan muzik! Penangan lagu serta tarian ‘Milkshake’ daripada Katesye dalam kempen GAP – Katesye juga menjadi wajah rasmi kempen – berjaya mengesankan positif hampir segenap dunia. Dan, meningkatkan imej serta melonjakkan jualan GAP.

12. Halter Top Lelaki?


Terima kasih kepada Alexander Skarsgård, yang mendobrak tradisi fesyen lelaki dan menafaskan semula halter top untuk lelaki (ingat lagi halter top Haider Ackermaan yang Timothee Chalamet pakai?). Menguji keberanian lelaki masa kini. 

Ini baru sahaja bahagian pertama Deduksi 25 Untuk Tahun 2025. Sambungan...





ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down