Langgan

Anne Hathaway Buktikan Kehamilan Selepas 40-an Masih Boleh Tampil Paling Bergaya

Inspirasi buat wanita moden.
2 minit untuk membaca
Published: July 9, 2026

Kehamilan sering dikaitkan dengan keselesaan, namun bagi Anne Hathaway, ia juga menjadi ruang untuk meraikan gaya peribadi. Kini hamil anak ketiga pada usia 43 tahun, aktres yang sinonim dengan karakter ikonik dalam The Devil Wears Prada itu sekali lagi membuktikan bahawa fesyen materniti tidak perlu terhad kepada siluet longgar atau pilihan yang terlalu konservatif.

Sepanjang siri promosi filem terbaharunya, The Odyssey, Anne tampil dengan deretan penampilan yang mencuri perhatian dunia fesyen. Daripada rona terang yang berani, sentuhan bohemian moden hinggalah gaun haute couture, setiap penampilan memperlihatkan keyakinan seorang wanita yang selesa dengan dirinya sendiri. 

Rona Terang Sebagai Simbol Keyakinan

Jika kebanyakan selebriti memilih rona neutral ketika hamil, Anne memilih laluan berbeza. Penampilannya dalam rona merah menyala rekaan Ashlyn membuktikan bahawa warna terang mampu menyerlahkan aura seorang ibu mengandung tanpa perlu berkompromi dengan elemen sofistikated. Penampilan itu turut digayakan bersama aksesori emas dan beg tangan yang memberikan sentuhan mewah namun tidak berlebihan.

Beberapa hari kemudian, beliau tampil pula dalam gaun baldu rona kuning emas daripada Lela Rose Resort 2027, sekali lagi membuktikan bahawa rona bold boleh menjadi pilihan elegan buat ibu mengandung moden.

Haute Couture Yang Memeluk Siluet Kehamilan

Kemuncak jelajah promosi menyaksikan Anne memilih gaun pleated biru lembut daripada Dior untuk tayangan perdana di London. Daripada menyembunyikan bentuk tubuhnya, gaun tersebut direka untuk meraikan siluet kehamilan dengan potongan lembut dan alunan fabrik yang dramatik.

Pilihan ini mencerminkan perubahan landskap fesyen materniti hari ini di mana kehamilan bukan lagi sesuatu yang perlu disorokkan, sebaliknya diraikan sebagai sebahagian daripada kecantikan seorang wanita.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down