Langgan

Tiffany & Co. Memperkenalkan Koleksi High Jewellery ‘Bird on a Pearl’ 2026

Tafsiran semula kerongsang ikonik 'Bird on a Rock' yang dicipta pada tahun 1965 oleh Jean Schlumberger.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
2 minit untuk membaca
Published: March 1, 2026
Tiffany & Co.
Gambar ihsan Tiffany & Co.

Evolusi terbaharu ini menggantikan batu permata asal dengan khazanah alam yang paling langka: mutiara semula jadi. Di bawah arahan kreatif Nathalie Verdeille, Chief Artistic Officer Tiffany & High Jewelry, koleksi ini menghidupkan semula motif bersejarah tersebut dengan sentuhan kontemporari. Di tengah setiap rekaan terletak mutiara semula jadi, dipilih secara eksklusif daripada koleksi peribadi pakar mutiara tersohor Hussein Al Fardan. Tiffany & Co. kekal sebagai satu-satunya rumah barang kemas di dunia yang diberi akses kepada permata istimewa ini.

Tiffany & Co.
Gambar ihsan Tiffany & Co.

Dalam siri baharu ini, setiap mutiara menampilkan warna, bentuk dan kilauan yang luar biasa sekali gus menjadi asas inspirasi kepada ekspresi kreatif ‘Bird on a Pearl’. Karya 2026 ini turut memperkenalkan inovasi yang menonjol: kepala burung daripada starlight sapphire. Dipilih dengan teliti oleh jenama ini, starlight sapphire bukan sahaja memiliki rona yang unik, malah mempamerkan kesan kilauan berbentuk bintang yang bersinar halus.

Dalam beberapa rekaan, ia digandingkan dengan berlian berwarna yang jarang ditemui, lalu menyatu indah dalam siluet burung tersebut. Kilauan starlight sapphire dan mutiara yang saling melengkapi menghasilkan keindahan yang lembut dan dinamik, mencapai keseimbangan anggun.

Salah satu kerongsang menampilkan burung bertatahkan berlian dengan kepala starlight sapphire, berdiri anggun di atas mutiara semula jadi barok putih seberat lebih 18 karat. Sementara itu, seutas loket mengetengahkan mutiara semula jadi barok berona coklat kelabu seberat lebih 29 karat, antara mutiara terbesar yang dipilih dalam koleksi ini.

Keseluruhannya, karya-karya istimewa ini mengukuhkan lagi reputasi Tiffany dalam kecemerlangan reka cipta dan kehalusan pertukangan.

Tiffany & Co.
Gambar ihsan Tiffany & Co.

Tiffany mengambil inspirasi daripada kerongsang ikonik ciptaan Jean Schlumberger pada pertengahan abad ke-20 untuk menampilkan interpretasi baharu 'Bird on a pearl stone' yang unik. Rekaan terbaharu ini mengekalkan elemen teras asal, termasuk motif “api” dalam emas 18K, sambil membentuk siluet hati menerusi mutiara semula jadi berona jingga coklat lembut dan putih seberat lebih 36 karat sebagai fokus utama.

Berdasarkan bentuk mutiara yang luar biasa ini, para artisan Tiffany mereka struktur tatahan teknikal yang sangat rumit bagi memastikan kestabilan dan keselamatan batu tersebut. Keseluruhan karya dihasilkan daripada emas 18K dan platinum, manakala bahagian atasnya dihiasi rubelit berbentuk bujur telur yang melengkapi rona mutiara barok.

Koleksi 2026 ini diperkenalkan buat pertama kali dalam acara eksklusif Tiffany di Gstaad, Switzerland.

Artikel asal oleh Geng Yuan daripada ELLE China

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down