Langgan

Pilihan Perhiasan Swarovski Bagi Perayaan Akhir Tahun

Swarovski membawa kita ke 'The Party of Dreams.'
2 minit untuk membaca
Published: December 17, 2025
Swarovski
Gambar: Swarovski

Saat tahun melabuhkan tirainya, hadir waktu untuk kita meraikan diri dan menikmati kemewahan yang menggembirakan. Dalam semangat inilah Swarovski menghadirkan kempen Holiday 2025, diketuai oleh duta globanya, Ariana Grande dalam gaya bertindih Millenia dan Matrix. Mengadun pesona ‘Old Hollywood’ dengan aura pop Ariana, koleksi ini menjadi ilham kepada ekspresi diri, keyakinan dan keberanian untuk bersinar sepenuhnya. Sama ada anda mencari hadiah istimewa atau ingin mencipta detik perayaan yang bermakna, inilah pilihan hujung tahun yang menjadi kegemaran editor-editor ELLE.

Untuk Si Minimalis Berani

Swarovski

Sebuah sentuhan moden untuk menghormati warisan Swarovski, Millenia mengangkat siluet Rivière klasik ke gaya kontemporari. Deretan kristal berpotongan tepat mengalir seperti sungai cahaya, ia sempurna untuk mereka yang mahu tampak stand-out tetapi tetap elegan.

Untuk Si Pencinta Warna

Swarovski

Koleksi Matrix ialah seni kristal Swarovski dalam bentuk paling halus, tetapi musim ini, Matrix Crash steals the show. Fikirkan warna-warna terang, potongan berani dan bentuk moden yang serta-merta menaikkan mood perayaan. 

Untuk Fantasy Lover

Diinspirasikan oleh debu bintang dan langit malam yang tak berpenghujung, Constella membawa pesona kosmik ke dalam setiap helaian. Lembut, bersinar dan serba boleh menemani setiap momen perayaan.

Untuk Si Pencuri Tumpuan

Direka bersama Ariana Grande dan Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert, koleksi ini adalah definisi showstopper. Glamor Hollywood lama bertemu romantik moden: dramatik, elegan dan penuh kemewahan. 

Koleksi Perayaan & Item Kenangan

Set Holiday Cheers

Hidupkan suasana perayaan dengan set Santa, kereta luncurnya, si rusa setia, elf ceria dan hadiah berbalut rapi. Dihasilkan dalam kristal berwarna cerah dengan sentuhan metalik emas champagne, set edisi khas ini meraikan ulang tahun ke-130 Swarovski.

Perhiasan Gantung

Lembut, berkilau dan direka penuh teliti, ornamen edisi 130 tahun ini ialah tribut kepada kreativiti dan ketukangan Swarovski. Sempurna sebagai dekorasi manis atau hadiah berharga untuk hujung tahun.

Koleksi ‘Wicked’

Terinspirasi daripada dunia ‘Oz’, koleksi ‘Wicked’ membawakan fantasi dan kilauan kristal. Ornamen dan figura hiasannya menambah seri, keajaiban dan fun ke ruang perayaan. Ideal untuk mereka yang sukakan dekorasi imaginatif.

Pesona Beg Teddy

Comel tetapi tetap mewah, pesona beg teddy 3D ini diperbuat daripada kulit dengan kristal pelbagai warna dan penyambung oktagon emas. Aksesori kecil yang penuh attitude.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down