Berlangsung dengan penuh kemeriahan di Korea Selatan, satu majlis pengumuman selebriti Jung Kook sebagai duta global jenama ini. Dedikasi Hublot dalam meneruskan keterujaan dunia arloji diteruskan awal tahun ini dengan pengenalan pada penciptaan semula Big Bang Original Unico. Awal diperkenalkan pada tahun 2005, Big Bang menjadi penciptaan terpenting Hublot sehingga hari ini.
Hari ini jenama ini mengalu-alukan kemunculan duta global terbaru mereka, ikon Pop - Jung Kook daripada grup fenomena K-Pop, BTS. Pengumuman ini menandai penyatuan dunia arloji dengan dunia showbiz yang membentuk satu hala baru dua dunia ini.
Bermula terampilan pertama emas dan getah pada tahun 1980, kepada satu gelombang kejutan Big Bang pada tahun 2005 sehingga kini penciptaan semula Big Bang Original Unico, Hublot menjadikan inovasi sebagai identiti jenama ini.

Apa yang ada pada Jung Kook mencerminkan satu semangat yang serupa. Gabungan kreativiti, emosi dan naluri sebagai satu penyatuan yang sempurna. Berbicara tentang kerjasama ini, Jung Kook berkata;
“Persembahan Dreamers di Piala Dunia FIFA 2022 bersama Hublot sebagai Penjaga Masa Rasmi kejohanan itu, menjadi detik satu detik di mana masa dan muzik terasa saling terhubung. Kini kerjasama yang dijalin bersama Hublot terasa seperti satu detik yang melengkapi.”
Julien Tornare, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot menerusia siara media berkata “Jung Kook salah seorang artis paling berpengaruh dalam generasinya. Ketepatannya, semangatnya dan kesediaannya untuk menolak batas mencerminkan semangat sebenar Hublot."
Dia menyambung "Ia seiring dengan prinsip kami yang sentiasa melalui satu proses fikir, memperhalusi penciptaan dan mencipta semula setiap ciptaan ulung. Daripada gabungan material hingga kepada penguasaan mekanisme, Jung Kook membawa evolusi yang sentiasa berubah dan kekal semula jadi. Kami berbesar hati mengalu-alukan beliau ke dalam keluarga Hublot.”
