Langgan

Pengenalan Franck Muller Pada Round Skeleton Baguette

Penyatuan dunia horologi dengan fine jewellery menciptakan sesuatu yang lestari.
2 minit untuk membaca
Published: November 28, 2024
Round Skeleton Baguette 31 - Rose Gold dengan tali kulit buaya hitam

Dalam usaha menghasilkan ciptaan yang moden tetapi lestari, Franck Muller memperkenalkan karya ikonik sebagai pelancaran koleksi High Jewellery untuk tahun 2024. Koleksi yang diberi nama Round Skeleton Baguette datang dengan ukuran 31mm. Ini merupakan set koleksi yang luar biasa dengan berlian baguette yang mencerminkan kesempurnaan dunia Fine Jewellery dan Haute Horlogerie.

Jam tangan ini merupakan penambahan kepada koleksi Round Skeletons yang sudah tersedia dalam ukuran 39mm dan 42mm sebelum ini. Untuk koleksi Eksklusif Asia Pasifik ini, permata berlian turut disemat cantik bersebelahan bezel dan permukaan jam tangan ini.

Koleksi ini meraikan kepakaran Franck Muller dalam seni pertukangan pembuatan jam tangan. Round Skeleton Baguette datang dengan profil yang cukup memikat reka bentuknya yang bersahaja. Berlian atau batu berharga yang dipotong dan dipasang dengan teliti menerusi hasil kerja tangan melalui teknik tetapan saduran yang menampilkan batu permata yang diletakkan di dalam bezel dan disemat rapi di dalam cincin.

Dail terbuka yang dikelilingi batu permata cukup menawan dalam rona merah delima

Dibuat daripada logam berharga, bahagian dinding saluran bezel mahkota megah ini mengelilingi dail terbuka bagi meningkatkan ketelusan optimumnya. Pergerakan dalaman rekaan sendiri menggabungkan ciri estetika dan teknikal, mendedahkan mekanisme yang sangat teknikal dan gaya seimbang yang sempurna.

Dengan saiz baru ini, Franck Muller telah meminimumkan pergerakan yang terdedah untuk dimuatkan ke dalam bekas 31 mm. Pada masa yang sama masih memberikan simpanan kuasa 4 hari yang tahan lama. Bahagian pergerakan, seperti plat utama dan titi, dibuat lebih terbuka untuk menjadikan komponen jam tangan lebih 2 kelihatan dan menawarkan pengalaman visual yang menawan. Mengekalkan ciri keanggunan yang teliti, pergerakan terbuka membolehkan pemerhatian terperinci yang memuaskan terhadap kerja halus jam tangan.

Tersedia dalam emas putih dan emas merah dengan mekanisme pembuatan yang menggabungkan berlian juga batu permata. Round Skeleton Baguette edisi ini datang dalam ukuran 31mm yang cukup menyerlah dengan reka bentuk elegan dan pembahagian yang sempurna. Ia menjadikannya aksesori yang melengkapi pemakai dengan ilham penun anggun dan terkini.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down